Followers

Monday, November 28, 2011

~ hey you!!! ~



hei kau!!
sudah berapa kali aku bilang jangan cuba memandang ke belakangku..kelak kau hanya nampak bayang2 silamku....

hei kau!!
sudah berapa kali aku hemburkan jangan cuba bermain2 di depanku..kelak kau hanya nampak amarahku....

berulang-ulang kali aku bilang begini begitu...namun kau masih sama macam dulu..

kenalilah aku sepertimana kau kenali aku dulu,
fahamilah aku sekadarnya sepertimana kau faham akanku,
dekatilah aku sepertimana kau mahu dekat denganku,
hormatilah aku seadanya seperti apa yang kau hormat padaku,

jangan kenali aku dengan apa yang kau dengari tentangku,
jangan fahami aku dengan apa yang fikirkan tentangku,
jangan dekati aku andai kau rasa patut menjauh dariku,
jangan hormati aku dengan apa yang kau nampak dari luaranku..


kerna aku bukan siapa2 buatmu...

payah...
payah jadi orang bersih..bila terkotor sedikit orang pandang dengan keji,
payah jadi orang manis..bila termasam sedikit orang menjauh mahu lari,
payah jadi orang pintar..bila tersalah sedikit orang enggan mendengar lagi,
payah jadi orang kelakar..bila mahu 'serius' sedikit orang langsung tak ambil peduli, 
payah jadi orang baik..bila terjahat sedikit orang benci macam nak mati,
payah jadi orang 'tinggi'..bila terjatuh sedikit orang henyak dengan kaki,

payah jadi orang...kalau hidup hanya mahu simpat umpat keji orang dalam hati.....

aku...dengan caraku..biarpun bagaimana jalan pilihanku..aku tahu dan aku juga mahu kau tahu yang Maha Tahu lebih tahu apa yang aku sendiri tidak tahu...dan aku..hanya mahu berjalan, menikmati setiap saat erti hidup, merasai erti pahit, masam, masin dan manisnya setiap helaian hari yang bakal aku lalui..sebelum aku dijemput kembali ke alam yang kekal abadi.....








nota gusi:
i. ini bukan nota untuk dicatat..kerna tiada fakta dunia disini.
ii. hari2 yang dilalui sunyi tanpa kamu..tapi aku terus belajar untuk itu dan menyelak kembali jadual silamku sebelum ada kamu
iii. sila bangun wahai pemilik hati ini...jangan berjalan dalam merangkak kerna ia sangat payah!!

Wednesday, November 16, 2011

~ make it frozen..~

adakalanya membeku itu bukan maksudnya sedang kaku..
tapi beku sambil memerhati apa yang berlaku...
memerhati dengan hati yang sedang membeku....

ahhh!!!...berliku-liku sungguh bahasa aku..=,="

Monday, November 14, 2011

~ sembang orang gila ~

Bagaimana mahu menarjah keluar perasaan yang terpuruk??


Buang diri ke dalam sungai atau dari bangunan 1000 tingkat??

Atau

Bina ukiran maut di tangan atau di badan??

Atau

Bergantungan pada kipas atau pada atap yang tak perasaan??

Ahh..!!! dayus sungguh cara itu untuk dipatuhi...

Untuk aku senang...Cuma perlu bilik kosong atau tempat lapang tanpa bayang2 manusia lain selain aku...

Dan....bercakap...bercakap..terus bercakap....

Aku pasti kalian juga pernah lakukan itu benar??...(jgn tiba2 tak mengaku..heh!)

Bersembang dengan hati...atau dalam bahasa indahnya ber ‘monolog’...pernah kalian lihat dalam drama2 tv pasti ada 1 babak yang memaparkan pelakonnya b’monolog’..watak baik dan watak jahat yang bertengkar walaupun punya wajah yang sama...pernahkan??

Begitu juga dengan dunia nyata...dunia yang ada didepan mata kamu..kalian dan aku...

Heiii!!!...pernah aku terbaca bahawa yang berbicara seorang diri adalah ciri2 manusia yang sakit mentalnya..ataupun otaknya telah diganggu dgn makhluk tak nampak....

Tapi tak juga bukan???...

Aku sering begitu...namun segala puji bagi-Nya kerna aku masih m’jlnkan kehidupan dgn baik...

Jenuh rasanya berbicara denga manusia..adakalanya hasil yang memuaskan dan adakalanya tidak...jadi, perlu beri masa untuk hati dan otak berbincang dan bertelagah untuk menentu hala diri secara bersendirian...’ALONE’...

Berbicara lah!....walaupun waktu itu tiada susuk yang mendengar di mata kasarmu namun masih ada yang mendengar...pastinya Yang Maha Mendengar... dan kala itu, tika kamu meminta...DIA akan menerima sbgai doa...ahh....indahnya...(senyum terharu)









nota gusi:
i) sakit sekali lagi...tapi makin disakiti makin kuat antibody..rock u!!!
ii) merancang untuk beri p'hargaan pd diri yg sudah lama terbiar sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...