Followers

Showing posts with label # amBiL taHu #. Show all posts
Showing posts with label # amBiL taHu #. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

** life is like a cup of coffee **


Sekadar berkongsi cerita bermakna..jom baca!!!

Ada sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul untuk melawat seorang professor tua yang pernah menjadi pensyarah mereka. Antara mereka, ada yang bergelar doktor, ada yang bergelar jurutera, ada yang menjadi usahawan, dan pelbagai cabang pekerjaan professional yang lain. Mereka beramah-mesra sambil mengenang kembali peristiwa-peristiwa lampau semasa mereka masih lagi bergelar siswa dan siswi. Kemudian borak-borak kosong itu bertukar menjadi sesi luahan perasan. Mereka mula mengadu kepada professor itu mengenai tekanan tempat kerja, desakan hidup, dan pelbagai lagi masalah yang mereka hadapi.



Professor tua itu meminta diri ke dapur untuk membuat kopi panas untuk mereka. Beberapa minit kemudian, beliau datang semula dengan membawa beberapa cawan kopi yang diperbuat dari pelbagai bahan. Ada cawan tembaga, kaca, kristal, tembikar, cawan plastik dan juga cawan kertas. Bekas pensyarah itu mempelawa mereka untuk minum.


Setelah semua mereka mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata "Jika kamu perhatikan, setiap dari kamu mengambil cawan kopi yang bagus-bagus dan mahal sahaja. Manakala cawan yang tidak menarik dan murah, kamu abaikan". Kemudian beliau menyambung "Sememangnya normal untuk kamu memilih hanya yang terbaik, namun kadang-kala itu yang menjadi punca masalah kamu semua!".

"Cawan-cawan itu tidak menambah atau mengurangkan kualiti kopi. Yang kamu mahukan adalah kopi, namun yang kamu kejarkan adalah cawan-cawan yang cantik dan mahal. Malah kamu banding-bandingkan pula cawan kamu dengan cawan rakan-rakan yang lain." tambah sang professor lagi.


"Fahamilah, KEHIDUPAN ini ibarat KOPI, manakala DUIT, PANGKAT, dan STATUS dalam masyarakat adalah umpama CAWAN. Itu semua adalah 'alat' untuk mengisi dan menakung KEHIDUPAN. Jenis 'alatan' yang kita gunakan tidak mengurangkan walau sedikit pun kualiti KEHIDUPAN yang kita tempuhi." jelas beliau dengan tegas.


Kadangkala kita asyik menumpukan pada cawan sehingga tidak dapat menikmati kelazatan kopi. Nikmatilah kopi itu, bukannya cawan. Orang yang bahagia bukan orang yang mendapat YANG TERBAIK dalam SEGALA-GALANYA, tetapi orang yang menjadikan SEGALA-GALANYA dalam hidup mereka suatu YANG TERBAIK.

* adakalanya luaran bukanlah apa2 walaupun 'itu' lah yang menjadi pilihan utama..

Wednesday, May 11, 2011

** friends filosophy **

...kata orang...
"kawan ibarat bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit"

..kata abah..
"kawan ibarat ibarat air, yang akan terus mengalir"

..kata mak..
"kawan ibarat bulan, dipuja dan disanjung namun nun jauh"

..kata abang..
"kawan ibarat durian, bau saje yang busuk tapi sedap di makan"

..kata kakak..
"kawan ibarat lembu, ikut saje apa yang dikata"

...kata adik..
"kawan ibarat biskut, kejap ade kejap tak ade"

...kata aku..
"kawan ibarat bola sepak, belum dapat dikejar sudah dapat ditendang"

...biar apapun tanggapan aku, kamu dan mereka tentang kawan, namun hidup ini takkan indah tanpa kawan. Bayangkan hidup tanpa kawan..jiran aku kata "boleh mati kutu!"..

Dan hidup in jugak bukan hanya untuk kawan..sampaikan makan tido pakaian dalam dia pun kawan nak jaga..agak-agak larh beb!! =,=

 kawan..oh! kawan..
jadilah kawan sebaik-baik kawan..
jangan pulak kau makan kawan..
sebab kawan akan makan kau pulak..

kawan..oh! kawan..
hati-hati mencari kawan..
hati-hati menjadi kawan..
takut-takut sebab kawan kau jadi sawan..
akhirnya kau duduk dalam wad tak berkawan..


(berkawan seperti 'mereka')


kepada kawan-kawan sekalian..orang-orang tua pernah berkata:
"kawan ketawa mudah dicari..kawan menangis susah ditemui"

dan

dari aku:
"bercinta biar seribu..berkawan biar satu"...heh!!

^_^V

Friday, November 26, 2010

~ tHe beSt of teMPe ~

Setelah pelbagai usaha aku lakukan untuk meluangkan masaku bersamamu wahai 'belogku'..
hari nie, setelah aku berusaha sehabis daya..menyiapkan sume keja...membiarkan si pengganggu ternganga2..
yeah!..dapat jugak aku bersamamu...
jari jemari nie rasa macam dah terlalu gian nak menaip...otak seolah-olah menggeletek minta digaru..dan bila aku mula menaip...nah.!!...tajuk kali nie..the best of tempe!...

wahhhh...tempe??...
sape itu tempe?...
ape itu tempe??...
tempe...
bukan la sape2...dan tiada kaitan dengan 'pak mat tempe' yang eksiden dalam cite bujang lapok tue..
tempe ialah sejenis makanan...
terkenal dalam kalangan masyarakat jowo...
kalu tak caye cuba tanya kawan2 yang ade darah jowo..sure mereka kenal si tempe nih...

sedap woooo....
lagi2 kalu masak sambal tempe..
fuhh! mantop!.(kata ust.Zamri)...

http://matcuoi.com

sambil2 makan tempe...yok kte kenal lebih dekat sket pe yang bestnye si tempe nih....

Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.

Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin
B12, niasin, dan asam pantorenat. Hasil daripada analisis,izi tempe menunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.

Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis, yang malas makan, kerana takut gemuk, sehingga menyebabkan penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh menurun.

Di dalam tempe juga terdapat suatu zat antioksidan dalam bentuk isofalvon. Seperti vitamin C, E dan karotenoid, isoflavon merupakan antioksidan yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Serikat, penemuan bahwa genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging).
Oleh itu, cara terbaik untuk mengoptimakan khasiat tempe bagi tubuh kita adalah dengan mengambilnya setiap hari dalam pemakanan harian sewajarnya.

Bagi mengelakkan kebosanan, pengambilan dalam pelbagai jenis masakan tempe
adalah perlu.

Seperti di Malaysia, kita masih punya banyak pilihan masakan berasaskan tempe seperti lontong, sambal goreng, masak lemak,dan sebagainya. Walaubagaimanapun bagi mengelakkan zat-zat yang bermanfaat itu
tak banyak terbuang dalam proses pemasakan, tempe sebaiknya dimasak dengan menu seperti sup, berkuah (berempah), atau rebus.

Cara tersebut lebih efektif untuk khasiatnya, berbanding digoreng.

Di senaraikan 10 Khasiat Tempe buat panduan kawan2 sekalian;

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.- nak
    elak keracunan makanan

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan
    tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas,
    baik bagi penderita jantung. - yang sakit jantung pun bagus

4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana
    kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin
    B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe

*untuk wanita atau model2 yang takut gemuk dua penyakit yang bayak dialami para wanita, kerana tubuh wanita yang mengalami haid, hamil serta menyusukan bayi. Penyakit anemia ini dapat menyerang wanita

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan
    oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe
    bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat makan oat.

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi)
    beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif. - menyeimbangkan 
    pengambilan gizi seharian.

9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.- haaa, x yah beli susu anlene
     yang mahal tu, makan tempe dah memadai.

Jadi, timbang2 kan pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apepun
apa sahaja yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak
pula berlebihan. Nanti lain yang dikurang, lain pula yang bertambah.......

credit to ruangan forum halaqah.net

sape2 yang tak kenal tempe..inilah si tempe tu yea..sedap tau!!!!..nyum..nyum..

Friday, November 12, 2010

~Nilai Budi si Ayah ~


Ayah dan ibu adalah anugerah yang tak ternilai kepada sesiapa saja di dunia ini..
Siapa itu ayah?
Siapa itu ibu?
Andai ditanya pada orang gila, pasti mereka juga tahu siapa dua manusia mulia ini..
Hadiah dari Allah kepada kita, dan amanat penting yang perlu kita jaga..

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Nah...inilah bukti bahawa ayah dan ibu adalah bahagian terpenting dalam hidup kita.
Namun, manusia itu mudah lupa. Lebih2 lagi pada orang yang banyak berkorban untuk mereka.
Lupa mana satu kasih ayah, mana satu sayang ibu..
Mungkin ini adalah salah satu balasan atas kasih sayang ayah dan ibu:


Dikurung dua anak
Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2010/10/24
TIONG Peng dikurung sejak tiga bulan lalu di garaj rumah sewa di Taman Intan, Alor Setar.

Jangan sekadar renung...

Saturday, October 16, 2010

~ Hati + Heart + souL + ???? ~

*Peristiwa ari nie*
 
Hari ini, sambil buat kertas projek bersama ‘roomate’ angkat...tibe2 aku ditanya dgn 1 pertanyaan..
“apa obat utk hati yg xtenang??”                        Huh!...mengong sekejap....obat ape??
Setahu aku, bile hati xtenang bce je la al-Quran tue...insyaAllah hati blh jadi tenang..btul x???
Jadi aku amek keputusan utk berdiam dulu...dan berfikir...
Selalunya kalau sakit pale obatnye panadol
Sakit perut obatnye pil chek kit teck oun
Sakit kaki obatnye mnyak kuda..tapi xleh mkn lerr...
Tapi ble hati yg sakit 

(it’s mean soul, xberkaitan dgn sirosis hati)..mgkin specialist dr ovesea pun xdpt nk ubatkn..
Jd aku pun terasa nk menyonteng page kt blog haku ni dgn sdkit info..(mne tau blh pkai ke..)
PUNCA2 HATI TAK TENANG
a)      Terlalu membesar-besarkn keaiban diri dgn dunia – cthnye: Allah dh bg nikmat sihat tubuh badan tapi blh pulak merungut bile ada seketul dua mkcik2 jerawat yg tumbuh di muka..
 
b)      Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..) 



c)       Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..) 
d)      Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..) 
e)      Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

f)       Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah,dlm semak ada duri,ayam kuning buat sarang,org tamak selalu rugi,cam anjing ngan bayang-bayang

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. **


g)      Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

h)       Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut



i)        Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada (harta,ilmu amal dll) lebih2 lg klu rse diri bagOs sgt..
Mka nye..obat bg simptom2 penyakit ini hnyalah 1...berTAUBAT lah...
“dgn mengingati Allah, hati akan menjadi lebih tenang”..
Xcaye try la...

Orang Muda vs Remaja

Assalamualaikum...
Hari nie walaupun sibuk menyiapkan tugasan..aku masih lagi berkesempatan menge'post' cerita2 yang aku teringin nak post dalam blog ni..

Geli urat perut aku bila habis baca berita arinie...

Had gadis bawah 18 tahun Oleh Azman Zakaria, Nazura Ngah dan Sukhairi Abd Thani
bhnews@bharian.com.my
2010/10/12

Dilarang kerja di hotel, bar, restoran, kelab

KUALA LUMPUR: Remaja perempuan berusia bawah 18 tahun tidak lagi dibenarkan bekerja di hotel, bar, restoran, rumah penginapan atau kelab kecuali dimiliki keluarga sendiri apabila pindaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam, dikuatkuasakan.
Pindaan akta itu bertujuan memastikan mereka tidak dieksploitasi sehingga mengganggu pendidikan, kesihatan dan keselamatan.
Mengikut pindaan itu, jika perniagaan atau perusahaan itu tidak diuruskan keluarga atau penjaga, mereka perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terlebih dulu.

Bagaimanapun remaja yang juga diklasifikasikan sebagai orang muda itu dibenarkan melakukan pekerjaan ringan yang sesuai seperti pembantu kedai, juruwang, bekerja di pejabat, kilang dan pembantu rumah.

Pada masa ini, akta itu berfungsi mengawal dan menetapkan syarat penggajian kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dan orang muda di bawah usia 16 tahun, tetapi selepas dipinda, akta menetapkan syarat penggajian kanak-kanak ialah mereka yang berusia 15 tahun dan orang muda berusia 18 tahun.
Selain itu, kanak-kanak di bawah usia 15 tahun dan orang muda tidak dibenarkan melakukan kerja yang membahayakan nyawa, kesihatan dan moral seperti bekerja di bawah tanah (perlombongan) dan perusahaan yang bertentangan dengan Akta Kilang Jentera 1967 dan Akta Bekalan Elektrik 1990 seperti mengendalikan mesin dan alatan elektrik.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramanian ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan berkata, hukuman penjara terhadap pesalah dinaikkan daripada enam bulan kepada setahun dan dendanya pula daripada RM2,000 kepada RM5,000 bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hukuman penjara dinaikkan daripada dua tahun kepada tiga tahun dan denda dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM10,000.

Subramaniam berkata, akta itu menggariskan kanak-kanak dan orang muda dalam lingkungan usia berkenaan hanya boleh bekerja dalam jenis pekerjaan yang sesuai dengan umur mereka dan dalam perusahaan tertentu saja.

Katanya, akta itu berkuat kuasa di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala bagi Sabah dan Sarawak, penggajian kanak-kanak dan orang muda ditadbir oleh Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

“Bagi kanak-kanak, mereka dibenarkan melakukan pekerjaan ringan bersesuaian dengan kapasiti mereka dalam perniagaan keluarga, manakala untuk kanak-kanak yang ingin bekerja dalam sektor hiburan awam, kelulusan Ketua Pengarah JTK mesti diperoleh terlebih dulu. Bagi orang muda, mereka dibenarkan melakukan pekerjaan ringan yang sesuai seperti pembantu kedai, juruwang, bekerja di pejabat, kilang dan pembantu rumah,” katanya.

Subramaniam berkata, pindaan akta itu bertujuan menyelaras prinsip yang diperuntukkan mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan memantapkan penguatkuasaan undang-undang.

Katanya, pada masa ini seramai 47,000 kanak-kanak dan orang muda bekerja dengan keluarga masing-masing.

Bagaimanapun kementerian menghadapi masalah mengambil tindakan terhadap majikan yang melakukan kesalahan disebabkan kekurangan aduan.

FAKTA NOMBOR
47,000 orang - kanak-kanak dan orang muda bekerja dengan keluarga


*bukan isi yg aku gelikn tapi..orang muda berumur lingkungan 18 tahun...hehehehe...ape maksudnye tu???
kalau menurut pencarian aku, dalam kamus dewan bgtau orang muda tu adlh orang yg masih muda..tapi...
mcm mane plak dgn istilah remaja???
kanak2 berumo 15 dan orang muda berumo 18 thn..dahtu remaja berumo brape thn????
konpius2 aku...
nmpaknye ade sdkit kekliruan disini @ aku yg keliru..tapi ape pun kpd pejuang bahasa jiwa bangsa..pastikan anda memilih perkataan yg sesuai...
p/s: jadi yang berumo lbih 18thn dipanggil orang t** la...kesian....

Monday, October 11, 2010

* Ade Duit Kecil X???*

Disaat tengah hari rembang, panas membakar..
Sambil menunggu bas yang tak kunjung tiba...
Dengan berbaki masa 15 minit seblum bas dtg...
Aku...
dengan hati yang berbunga-bunga mencari gerai menjual minuman..
niat murniku hanya untuk membasahkan raung kerongkongku yang semakin pedih ini...

Memandangkan aku adalah antara umat Islam yang tinggi semangat persaudaraannya..
aku putuskan untuk memilih gerai pakcik tua yang menjual air..
dan dengan rasa hebatnya mengerling ke arah kedai makan apek cina tersebut (walaupun die jga jual air)...

"pakcik, sy nak beli air jambu 1.."
"nah..air jambu"
"pakcik, ni duitnye.."
"adik xda duit kecik ke?"
"xda pakcik..ni lah yang tinggal pun"
"kalau xda duit kecik,xpayah beli air"

dengan rasa sedih + pedih + sakit hati, aku berlalu dari gerai tu dengan senyuman kamBing...
maaflah pakcik..aku tak terdaya untuk menahan rasa marah..lalu aku..
menyumpah seranah pakcik tu dan semoga dia jatuh bankrup dgn teruknyee!!!!!
(tapi dlm hati jer)
kembalilah aku ke stesen bas dengan rasa terhina...

IniLah orang Melayu...
Macam mana nak maju...

Agak2nya klau aku pegi kedai apek tadi mungkin aku dh merasa nikmat air..sekurang2nya air mineral..
sebab..
apek pandai mengutamakan pelanggan..
tapi pakcik tua itu....huh!
aku kena syorkan kat pakcik tua tu supaya amek kelas perniagaan dgn mr.apek tersebut....
dan lagi 1...nampaknya aku pun kena usulkan 1 cadangan pada semua pihak bank sedunia supaya menyediakan duit kecik seringgit dengan kuantiti yang banyak di setiap mesin-mesin ATM..sebagai kemudahan kepada pakcik tua dan konco-konconya...ermmm


Saturday, September 18, 2010

SeRabut...!!!!

ape itu serabut???
serabut adalah gangguan mental yang dihadapi oleh orang-orang yang suke berpikir...
pikir macam2..
masalah duit, keje, tempat tinggal, pasangan, keluarga dan masalah orang lain..(tu pun nk pikir ke?)


Menurut pakar kesihatan serabut adalah adik beradik kepada stress atau dalam bahasa melayunye tekanan..
tak kira la ape2 aje yg tertekan..mental, emos, fizikal, rohani dsb.
Stress atau tekanan ni merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang dialami seseorang individu. Ianya ibarat satu bebanan kepada sesiapa yang mengalami tekanan yang melampau. Selain itu, definisi 'stress' turut melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati suka menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.
Kesan stress ni akan bertindak balas pada kesihatan seperti...

 Jadi...janganlah stress2..ok!
Setiap yang berlaku dalam perjalanan hidup kita pasti ada hikmahnya..cuma kite ni je yg buta dalam menilai setiap yang berlaku..asyik nak bersangka buruk jer..Think Positif Make Life Proactive...(mcm lembu kt bwh ni)peace!!

yahoooooo!!

Wednesday, September 15, 2010

biLe MANUSIA mula mengejar NAMA...

mahu tahu...!!
klik pada link ini..


sila klik!






sudah baca??
apa pandangan anda....

bagi pandangan aku yang kurang ilmu nie..

*apabila terbaca sahaja artikel nie, aku teringat akan kisah nabi Lut a.s yang terpaksa menghadapi kaumnya yang homoseksual..jika pada zaman itu Allah s.w.t telah melaknat kaum tersebut dan menurunkan siksaannya..jadi mahukah kita untuk terima perkara yang sama sekarang???...seribu kali sayang, makhluk yang menyokong kegiatan KEJI ni adalah makhluk yang tahu hukum Allah s.w.t, yang arif tentang kisah-kisah nabi terdahulu, yang pakar dalam urusan agama...apakah ini???MAKHLUK APAKAH INI???
alasannya..Allah s.w.t memandang pada orang yang bertakwa..ape erti takwa kalau larangan-NYA yang dibuat..!!!aku berdoa je lah moga MAKHLUK ni sedar diri..jangan terlalu bangga dengan anugerah dunia takut tak terpikul anugerah Allah s.w.t dari neraka...*

fikir-fikirkan lah kenapa sume ni berlaku...ok!

Friday, September 3, 2010

Buy 1 Free 1...whoaaaaa....!!

Beli 1 percuma 1...sape untung?
penjual @ pembeli...???

Jawapannya...

mestila penjual...

sebab!!!



 
(bacalah!)

kalau macam ni aku pun nak la bukak kedai beli 1 free 1...(huahuahuaa)

SELAMAT MEMBELI DAN MEMBLAH  =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...