Followers

Wednesday, May 30, 2012

~ Gadis Semasa ~

Oh begini rasanya cinta

Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia


Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu


Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku


Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyanyangi diri mu

Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu


Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu


Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu


Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu











nota gusi:
i) lagu lama yang sentiasa kedengaran baharu
ii) terlalu lama otak ini tidur...harus bangun kembali..ayuuuh2!!!

Friday, March 16, 2012

~buat si lembaga hitam~

sunyi.......dan diselang dengan bunyi klik-klik...

sunyi kembali........

klik....klik...klik.....

sunyi..........
...........................................

......................................

...................




.....

..
..


.


dear sayang..
aku bukan mahu hidup dilakar seindah pelangi, cukup sekadar dihiasi petir yang ngeri
aku bukan mahu dilayan sperti pemaisuri, cukup sekadar dipandang walaupun seinci
aku bukan mahu ditimang tinggi-tinggi, cukup sekadar dititip senyuman basi

aku tidak mahu sesuatu yang beerti..yang aku mahu cukup kamu disisi...

namun...kerna yang aku mau itu sangat perit untuk diberi..jangan kesakitan kau tambah lagi..

dear sayang....
pernah sekali aku bermimpi..kau datang membawa hati aku lari..tapi sedihnya kau datang macam pencuri...
sehingga kini menjadi mimpi ngeri..

dear sayang
mengapa sekarang mahu begini...
curang sana curang sini...
bila terkena kau mula mahu berdiri..
menyentak menyalahkan aku sendiri...
seolah-olah aku yang yang meminta kau jadi begini...

dear sayang
jangan buat aku seperti abdi..
malah lebih hina dari manusia keji...
jangan ajar aku erti benci..
kerna nanti kau tak kenal diri ini..

dear sayang
aku hanya mahu yang terbaik buatmu...buatku
aku hanya mahu yang ikhlas darimu...dariku
aku hanya mahu yang tulus darimu..dariku

dear sayang
jika itu pun kau tak mampu..jangan seksa lagi aku
jika itu pun kau tak mampu..jangan datang jumpa aku
jika itu pun kau tak mampu..jangan berani sebut nama aku lagi

dear sayang
terima kasih buat aku begini
terima kasih buat aku sedih hati
terima kasih buat aku lebih rapat dengan Yang Abadi
terima kasih buat aku lebih kenal hidup yang beerti






........publish.......





nota gusi:
i. semakin bertahan semakin sakit dan semakin bertahan semakin hitam hati..maka sebelum ia hangus lebih bagus kalau lepaskan saja..
ii. orang kata pengalaman itu adalah guru yang hebat...maka aku sedang berguru dengan nya..hampir tamat pengajian...
iii. buat 'si dia'..jangan jolok sarang tebuan...kau akan menyesal...

Wednesday, February 15, 2012

~ aku suka...tapi.....~

kamu.....
sering ada disaat aq tak menyangka...

aku suka saat kamu kata kamu rindu..
tapi...
aku benci bila rindu itu bagai ada udang disebalik batu...

aku suka saat kamu kata kamu perlukan aq..
tapi...
aku benci bila kamu perlukan sesuatu yang xsepatutnya kamu mahu...

aku suka saat kita selalu bertemu...
tapi...
aku benci bila ketemu kamu buat2 tak tahu...

aku suka saat kamu bertanya tentangku...
tapi....
aq benci bila pertanyaan itu hanya basi2 bila kmu perlu dibantu...

kamu....
apakah erti itu??
apakah yang tersarang dalam hati kamu??
apakah tempatku disisi kamu??

sekadar meraih simpati atau sarang menagih tika sunyi....

kamu....
aku suka kamu...tapi...
aku mulai benci bila kamu sebegitu....

kamu...
teruslah begitu....
kerna sampai masa kamu takkan nampak lagi siapa aq...
kerna sampai masa kamu takkan mampu memaling ke arah aq...
teruskan begitu...
sampai hati aq terus membeku sama seperti batu yang tak bisa lagi dibantu...

aku suka....tapi....entahlaaa




Tuesday, February 14, 2012

~ smile..smile...keep smile ~

aSSalamualaikum.......

baiklaa...terleboh dahulu aq memohon maaf kerna  terdapat sistem 'rojak' di sini..maksudku bahasa dalam ruangan..harap kalian bisa faham...dan terjemahan dari tajuk di atas ialah..senyum..seyum..terusan senyum...^___________^

hari ini....14 Februari...(baiklaa sume orang tahu...)

tapi aq bukan nak bercerita tentang peristiwa yang menjadi bualan hangat mengenai tarikh ini...tapi aq mahu berkongsi cerita tentang dunia aq...

dunia aq bersama mereka...

baiklaaa...kita imbas balik peristiwa 2 3 mggu lepas...
aq....menerima jawatan guru INTERIM (sila tnya en.google utk penerangan lanjut..) di sebuah sekolah di bahagian Bagan Datoh...sekolah apee??...STARS...apakah itu...heh!cari sndiri...

hari ini adalah hari ke 16 aq di situ...
okee...mesti ada yang xsabar2 utk tahu pengalaman aq disana kn??? (jgn malu2 nak mengaku pulak!)

hari pertama...bermula dengan keadaan yang baik..aq ditakdirkan utk menumpang disebuah rumah seorang kakak..kawan kepada kakakku..jarak antara rumah dengan sekolah aq xdapat agak tapi memakan masa selama 40 minit..maka dengan itu, aq harus kelaur rumah seawal jam 6.30pg....(awalkn??!!)

baikla...hari pertama...aq ditugaskan merelief...kelas2 sains...(cool!)..tapi.......
hurrmmm...alangkah indahnya hari tersebut bila puan pengetua meminta aq mengajar subjek yang perlu aq relief kn itu....

baiklaaa...subjeknyaaa..agak menggugurkan jantung...kimia + sains...

 -_____-"

satu cubaan membunuh aq dalam senyap...adakah ini cadgn paling bernas atau sebaliknya..bayangkan...
aq seorang ex-student yang hanya menatap buku2 bahasa dan sejarah perlu bermain dengan simbol2 kimia...adakah itu membawa petanda yang malapetaka terbesar akan berlaku????

tidakkah guru itu risau sekiranya..kesihatan mental pelajarnya akan terganggu???

sangat memelikkan...

baiklaa..aq sebagai guru proaktif menerima cabaran itu dengan hati yang grrrrr....susah nak digambarkan...

minggu ke 2 pula..aq diminta untuk mengajar subjek geografi...^___^  senang!!!
tapi...sementara sahaja....

kerna keesokkannya aq diminta untuk mengajar...matematik....(menarik!!)

dan minggu ini aq ditugaskan menjadi guru PJK..dan aq tak pasti tugas ini bertahan untuk berapa lama...

disebabkan tugasku yang sangat unik berbanding guru lain..maka mereka2 dari kelas 3 Adil yang menjadi kelas 'mesti' relief akan sering dihurung kekeliruan yang amat sangat..(aq harap xmengganggu sistem tumbesaran mereka..)

dan aq juga telah mendapat gelaran baharu...guru SERBAGUNA...(dah macam perencah serbaguna jerr)

indah sungguh pengalaman disini...dan setiap hari tugasku hanya menanti subjek apa utk aq bidan terjunkan nanti..heh!!

baiklaa..itu sahaja untuk hari ini..kita sambung kemudian saja yaa...jumpa lagi!!

Saturday, February 11, 2012

~ ding! dong! ding! dong! ~

........aSSalamualaikum.................

whoooaaaaaaaa.........!!!!!! apa yang terjadi pada rumahku ini..????
penuh habuk..sarang tikus..sarang lipass...anak tenuk pun terlepas kt sini jugaakk...aiiyak!!

(-_-")

********************************* kerja2 pemuliharaan sedang dijalankan***********

*****************************************************
***************************

*************






******


**


********************


****


***

**




*

*



*


__ dah siap______________


________________________ yea..kerja2 sudah beres....____________




sila masuk......





^____________________^

hyee belog kuh...agak berbulan2 lamanya aq tak mengarut disini..masa yang terhad untuk perkara2 dunia luar sehingga hampir terlupa dengan duniaku di dalam ini...

maka dengan ini..insyaAllah..mulai minit ini aq menjaga belog sebaik mungkin..hah!!


cerita 1

* kisah in aq adaptasikan bukan dari novel tapi kisah benar tentang seseorang..seseorang yang sentiasa mencari sesuatu yang boleh dimanfaatkan untuk orang lain..menerima segala ketentuan dengan rasa positif walaupun jauh dari sudut hatinya tercalit setitik nilai hitam yang sukar untuk dipadam...

wanita itu...mengharap sesuatu yang bisa mendetik rasa tenang dan rasa bahagia dalam jangka masa yang kurang singkat...
wanita itu suka mencuba sesuatu yang baharu..menyangka bahwa yang baharu akan menghasilkan nilai yang lebih bermutu..namun..tak semua nilai itu yang dia mahu..
wanita itu...suatu masanya dulu masih menanti sinar yang bisa bawa dia pergi bersama...ya..sinar itu datang tapi dalam rupa yang sangat menakutkan...
wanita itu..terus mengharap pada sinar yang datang walaupun bukan yang diimpikan...
wanita itu..cuba hanyut dengan sinar itu..harap ada tali yang membantu..namun....
wanita itu tenggelam...hampir lemas..
wanita itu....mengerti yang dipujanya bukan sinar yang dinanti...namun harus bagaiman mahu lepaskan diri...???
wanita itu..mahu meraung sekuat hati..minta hati ini ditukar ganti.minta hati ini dibasuh dengan air suci..
wanita itu...kini...masih begitu..setiap hari mahu jauh dari sinar yang diharap makin sirna..yang entah bila akan sirna...mengharap salahnya bisa dipertemukan dengan jalan penebus dosa...mengharap tiada lagi penantian yang bikin hatinya rosak binasa.....


...................






















nota gusi:
i. sudah lama tidak melakar sesuatu disini..terasa malu2 sedikit
ii. cerita diatas tiada sambungan....harap maklum...

Monday, November 28, 2011

~ hey you!!! ~



hei kau!!
sudah berapa kali aku bilang jangan cuba memandang ke belakangku..kelak kau hanya nampak bayang2 silamku....

hei kau!!
sudah berapa kali aku hemburkan jangan cuba bermain2 di depanku..kelak kau hanya nampak amarahku....

berulang-ulang kali aku bilang begini begitu...namun kau masih sama macam dulu..

kenalilah aku sepertimana kau kenali aku dulu,
fahamilah aku sekadarnya sepertimana kau faham akanku,
dekatilah aku sepertimana kau mahu dekat denganku,
hormatilah aku seadanya seperti apa yang kau hormat padaku,

jangan kenali aku dengan apa yang kau dengari tentangku,
jangan fahami aku dengan apa yang fikirkan tentangku,
jangan dekati aku andai kau rasa patut menjauh dariku,
jangan hormati aku dengan apa yang kau nampak dari luaranku..


kerna aku bukan siapa2 buatmu...

payah...
payah jadi orang bersih..bila terkotor sedikit orang pandang dengan keji,
payah jadi orang manis..bila termasam sedikit orang menjauh mahu lari,
payah jadi orang pintar..bila tersalah sedikit orang enggan mendengar lagi,
payah jadi orang kelakar..bila mahu 'serius' sedikit orang langsung tak ambil peduli, 
payah jadi orang baik..bila terjahat sedikit orang benci macam nak mati,
payah jadi orang 'tinggi'..bila terjatuh sedikit orang henyak dengan kaki,

payah jadi orang...kalau hidup hanya mahu simpat umpat keji orang dalam hati.....

aku...dengan caraku..biarpun bagaimana jalan pilihanku..aku tahu dan aku juga mahu kau tahu yang Maha Tahu lebih tahu apa yang aku sendiri tidak tahu...dan aku..hanya mahu berjalan, menikmati setiap saat erti hidup, merasai erti pahit, masam, masin dan manisnya setiap helaian hari yang bakal aku lalui..sebelum aku dijemput kembali ke alam yang kekal abadi.....








nota gusi:
i. ini bukan nota untuk dicatat..kerna tiada fakta dunia disini.
ii. hari2 yang dilalui sunyi tanpa kamu..tapi aku terus belajar untuk itu dan menyelak kembali jadual silamku sebelum ada kamu
iii. sila bangun wahai pemilik hati ini...jangan berjalan dalam merangkak kerna ia sangat payah!!

Wednesday, November 16, 2011

~ make it frozen..~

adakalanya membeku itu bukan maksudnya sedang kaku..
tapi beku sambil memerhati apa yang berlaku...
memerhati dengan hati yang sedang membeku....

ahhh!!!...berliku-liku sungguh bahasa aku..=,="

Monday, November 14, 2011

~ sembang orang gila ~

Bagaimana mahu menarjah keluar perasaan yang terpuruk??


Buang diri ke dalam sungai atau dari bangunan 1000 tingkat??

Atau

Bina ukiran maut di tangan atau di badan??

Atau

Bergantungan pada kipas atau pada atap yang tak perasaan??

Ahh..!!! dayus sungguh cara itu untuk dipatuhi...

Untuk aku senang...Cuma perlu bilik kosong atau tempat lapang tanpa bayang2 manusia lain selain aku...

Dan....bercakap...bercakap..terus bercakap....

Aku pasti kalian juga pernah lakukan itu benar??...(jgn tiba2 tak mengaku..heh!)

Bersembang dengan hati...atau dalam bahasa indahnya ber ‘monolog’...pernah kalian lihat dalam drama2 tv pasti ada 1 babak yang memaparkan pelakonnya b’monolog’..watak baik dan watak jahat yang bertengkar walaupun punya wajah yang sama...pernahkan??

Begitu juga dengan dunia nyata...dunia yang ada didepan mata kamu..kalian dan aku...

Heiii!!!...pernah aku terbaca bahawa yang berbicara seorang diri adalah ciri2 manusia yang sakit mentalnya..ataupun otaknya telah diganggu dgn makhluk tak nampak....

Tapi tak juga bukan???...

Aku sering begitu...namun segala puji bagi-Nya kerna aku masih m’jlnkan kehidupan dgn baik...

Jenuh rasanya berbicara denga manusia..adakalanya hasil yang memuaskan dan adakalanya tidak...jadi, perlu beri masa untuk hati dan otak berbincang dan bertelagah untuk menentu hala diri secara bersendirian...’ALONE’...

Berbicara lah!....walaupun waktu itu tiada susuk yang mendengar di mata kasarmu namun masih ada yang mendengar...pastinya Yang Maha Mendengar... dan kala itu, tika kamu meminta...DIA akan menerima sbgai doa...ahh....indahnya...(senyum terharu)









nota gusi:
i) sakit sekali lagi...tapi makin disakiti makin kuat antibody..rock u!!!
ii) merancang untuk beri p'hargaan pd diri yg sudah lama terbiar sendiri...

Saturday, November 12, 2011

~ sad of sunday ~

male: maaf andai sy katakan yang kita ni semakin tak serasi..bukan tak sayang..cuma...entahlaa
female: cakap saja terus terang
male: entahla
female: ada apa2 yang tak kena pada sy?
male: tak ada
female: apa yang awak inginkan?
male: tak tau
female: masih nak cuba pulihkn semula?
male:entahla
female: kalau sy nak..awak nak x?
male: sy takut t'jadi begini semula..kesian pada awk..
female: jadi?
male: entahlaa
female: sy tak paksa untuk teruskan andai awk x inginkannya..
sy faham..dan sy suda tau jawapannya...

**************************

mahu meneka ape yg t'jd pd penghujungnya??..mungkin ada yg sudah mengagak...
dan aku..tak punya idea untuk mengomel tentang ini...

kisah yang sama...cerita yang sama
cuma....mungkin dialog yg sikit berbeda...

bukankah senang jika dikatakan 'aku tak mahu kamu lagi!'....
mungkin ayat itu sgt mudah walaupun amat pedas untuk ditelan...






nota gusi:
i) meletakkan kaki di kasut orang lain menjadikan hati ini perlu lebih belajar erti redha..
ii) perang emosi yang belum surut...(tak tau siapa pemenangnya)
iii) soundlesss...+_____+

Wednesday, November 9, 2011

~ hujan panas ~

selamat pagi blog!!!!
selamat juga harapnya hari ini..selamat tak macam semalam dan semalam lagi...

minggu ini dilaporkan hujan berterusan setiap hari..oh! bukan minggu ini tapi dah berminggu2..malah sudah sebulan lebih...hujan setiap hari....

walaupun hujan hidup masih diteruskan....
hujan....panas...hujan...panas.....

............................................................................................

dilaporkan juga cuaca dalam badan ini pun kurang baik....hujan..panas...dan hujan berterusan...
huhuu~
pernah berfikir mahu terbang bebas seperti burung tanpa perasaan tapi malangnya menjadi manusia itu lebih baik...(tidaklah dikatakan manusia sebaik2 kejadian bukan??)
dan bila hidup sebagai manusia maka laluan hidup pasti akan berliku2...pelbagai episod akan kita hadap tanpa duga dan pastinya pelakon utama adalah kita sendiri..

'INDAHNYA MENJADI MANUSIA'

dalam minggu2 hujan panas ini juga aku habiskan dengan menjengah ruang teman2 yang punya cuaca jiwa macam aku...(cari yg sejiwa)...
mendengar keluhan mereka...mendengar kata2 keji mereka dan seterusnya mendengar kekuatan mereka untuk bangkit semula sedikit sebanyak menjadi 'estacy' untuk aku...(walau seketika)...buat pengetahuan kamu ruangan mereka tidak mengeluarkan suara..cuma tulisan..jadi dengan membaca aku bisa mendengar dengan hati...(pelik??!!)
agak pelik tapi itulah yang berlaku bila kita berjumpa dengan 'teman sejiwa'...apa yang mereka rasa sama seperti kita...maka bila mereka boleh bangun dengan payah, mengapa kita tidak mampu bangun walaupun terketar-ketar??

aku ambil segala yang berlaku sebagai rahmat...didikan tuhan untuk episod seterusnya...mungkin ujian kali ini sebagai persediaan untuk masa depan maka jadikan sebagai 'antibody' sebelum diserang..mudahkan!!...
berat mulut berkata berat lagi hati memikul...dan seberat manapun hati perlu memikul jangan cepat mengeluh..terus berjalan dan memikul....



nota gusi:
i) sedang mendidik jiwa untuk menjadi "the rock"!!!
ii) mood: suka sekali singgah ke blog Dunia Sebelah Zara...
iii) melawan sakit yang tiada ubatnya selain sabar....moga cepat sembuh!! ^______^

Friday, October 28, 2011

~ titik...titik..titik...~

sedang digores...tergores
sedang diguris...terguris
sedang diluka...terluka
sedang dibunuh....terbunuh

serik dengar kisah yang sama..
serik lihat aksi serupa..
serik menutur ayat tak bermakna...

tapi...

kisah itu yang aku dengar..
aksi itu yang aku lihat
ayat itu yang aku tuturkan...

bungkam

tiba2 mahu menjadi si bisu...
tiba2 mahu jadi si pekak...
tiba2 mahu jadi si hati batu...
tiba2 mahu jadi si pendendam...
tiba2 mahu jadi si pembunuh...

malah...mahu ku tukar menjadi si keji..supaya lebih mudah aku paku erti benci
malah...mahu ku tukar menjadi si gila..supaya lebih mudah aku kunyah erti setia

namun masih punya bayang2 suci yang menghalang..masih punya kuasa sakti yang memegang...

harap masih terus bertahan..walaupun jantung semakin mengecut, hati semakin berkedut dan badan semakin menyurut...



~ .... ~

hati mahu mencoret...
tangan mahu menaip...

malangnya...

otak belum berdiri betul....masih terumbang ambing belum tentu arah dituju...

+_________+

sedang menyusun

Tuesday, October 25, 2011

~ FACTS~

 LOVE
                IS          
                THE SLOWERS
                        FORM OF
                                             SUICIDE




Monday, October 17, 2011

~ secarik cerita ~

Benar kata-katanya....

"Biar hati ini menyanyi, membahasakan apa yang tidak mampu dibahasakan oleh lidah...."

Selalunya begitu,

Aku biarkan sahaja hatiku berlagu,

... Sedih, pilu,
Gembira, suka,

Aku tahu manusia tidak tahu apa-apa.
Aku tidak pernah hairan,

Mereka tidak pernah mampu menimbang air mataku,
Mereka tidak pernah mampu membilang harga senyumanku,

Hanya Yang Mampu Menghitung Titis Tangis aku sahaja yang mengerti,
Hanya Yang Mampu Menimbang Nilai Senyumku sahaja yang memahami,

Sedih, pilu,
Gembira, suka,
Hanya Dia yang mengertinya.

Aku tidak pernah henti merasa takjub
Dia dan hanya Dia,

Aku biarkan sahaja hatiku berlagu,
Selalunya begitu.

Monday, September 19, 2011

white OR black..???

assalamualaikum!!!!

(^________________^) ...mulakn hari anda dgn senyuman..(*sila senyum spt icon ini)

senyum seindah suria yg membawa chya..senyum la dr hati..duniamu berseri...

okey2..utk sesiapa yg ingt lirik seterusnya bole smbung menyanyi..tp bg yg kurang ingt lirik diatas sila terus membaca yg dibawah...heh!

org kata senyuman yg ikhlas dtg dr hati...
tak kira laa..org yg senyum tu warna ape...

okeylaaaa...sejujurnya b'ckap tentang warna..aku ajukn tajuk ini bila aku merasakan masih ramai yg berfikiran kolot...konservatif...

contoh:
dalam 1 kumpulan..terdiri 2 org wanita dan 5 org lelaki..seorang berkulit cerah..dan seorang lagi berkulit gelap..rasa2nya laa, wanita mna yg menjadi pilihan..(blh agak kn?)

contoh:
dalam sebuah majlis..2 orang yg berbeza lalu di 'red carpet'..ala2 grammy award laa..seorg cerah, seorg agak kurang cerah..mengikut firasat anda2..yg mna lebih diberi perhatian..(sndiri blh fikir..)

dah laaa..cukuplaa 2 cth..(xkn xfham2 lg kot..heheee)

diskriminasi yg tak lekang dek panas tak luput dek hujan kerna msih utuh diingatan..
mgkin jika dulu ia sekadar falsafah barat yg mahu bgsa kulit mreka disanjung..tapi kini..
falsafah kuno itu bgaikan 1 adat yg xptut ditentang...
putih itu cntik...
putih itu bersih...
putih itu bijak..
putih itu..dan putih ini...

tapi hitam??
hitam itu buruk..
hitam itu kotor..
hitam itu bodoh..
dan macam2 lg tohmahan pd hitam...

hey manusia!!..sudahkah kamu kaji wrna hatinya..adakah sama dgn warna kulitnya..
hey pengdiskriminasi!!..sudahkah kamu hitung berapa byk kebaikan si putih mulus itu berbanding si hitam ini...

kerna mulut santan binasa..kerna kulit manusia dibeza2..

***...okey cool!!...ini bukan lepas geram in da house tapi seberapa byk org yg t'lalu m'agungkan si putih mulus ini..bukan aku cemburu malah sedetik pun tidak..namun dalam dunia yg semkin modern..relek la derr..takkan warna kulit mau jd isu..cukup2laa minda kita dijajah dgn sogokan orang putih yang baik..jgn biarkan pemikiran itu yg meracuni otak generasi kini..cukup2laa penindasan yg diberi melalui dasar aparted..jgn di'aparted'kn juga manusia disini...

pernah dengar pantun nie..

hitam2 sitampuk manggis..walaupn hitam dipandang manis...
(cuba tukar kaler putih??..mesti xbest pantun ni kn!!)




                                                 (pilihan dalam hidup, hitam dan putih cuma..)


nota gusi:
i. suka pandang org yang manis..xkisah laa putih or sawo matang..
ii. aku bangga aku bukan putih!!..(hah!..statement brani..)

Saturday, September 17, 2011

~ ** KEMBALI **~

..berhabuk!!...berkepuk2!!...berkulat!!..euuuwwwwww!!!!
(jgn ada sesiapa ke sini...misi pem'vakum' man sedang dijalankan!!)

*************(cleaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnn)*******
.............tiga........
...........dua.......


        satu!


hah!!!!.....bereh!

okey boleh mulaa...

alkisah sebermula...

op!!..op!!...sebelum tue...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN UTK KALIAN...(harap xterlambat)

okey boleh smbung....

** aku punya sebuah cite..kalau nk dgr terus bca..klau tak sila tutup page ni!..hehee...
cite bukan kisah jenaka..dan cite yang tak sepopular Nora Elena kt TV3...cite biasa2 jerr...

kisah seorang perempuan....

adakalanya kta xmampu melukis apa yang t'gambar dek hati..namun kta jga xmampu m'jelaskan apa yang terlintas dek jiwa.
adakalanya yang diminta tak terjangkau diingatan dan tak tergapai oleh tangan...
bila b'soal tentang hati...mcm2 kisah yang boleh direka...
namun...bila bertanya pada hati mengapa begitu...pasti bisu tanpa jawapannya..

Mereka bilang cinta itu buta...dan aku percaya
Mereka bilang cinta tak kenal rupa..dan aku percaya
Mereka bilang cinta tak kenal siapa..dan aku masih percaya
Namun...
Bila mereka bilang cinta tak kenal umur sebaya..aku keliru sedikit ternganga...
Benarkah??
Dan aku putuskan..tak mungkin begitu rupa....
Selangkah demi selangkah aku menyelusuri perjalanan yang Maha Agung aturkan...
Setelah sekian lama..aku mengenal apa itu cinta tanpa menyelami nya..

Dan kini...
Ia datang dalam rupa yang berbeza...
Amat berbeza..hingga aku malu untuk memberitahu dunia..

Cintakah aku pada nya???

Cintakah itu??

Atau hanya mainan rasa kerna sunyi tanpa suara cinta...
Dalam kekaburan itu..aku terima..
Dalam kekeliruan itu..aku cuba..
Benar atau tidak..hanya takdir yang menentukannya...

KAMU...
Berjayakah kamu mencuri hatiku??
Sama seperti yang pernah kurasakan dulu...bahagia...indah sepanjang waktu..

KAMU...
Kamu kah pemilik tulang rusuk kiri ku??
Atau sekadar persinggahan yang bakal aku kenang dalam ingatanku...
Mereka bilang cinta suci akan membawa ke syurga..dan aku mengharap ia terjadi walaupun dalam tak pasti..
Mereka bilang cintai orang mencintaimu...dan aku cuba merembeskan butir2 cinta walaupun bukan dari hati...

 
perancangan yang DiAtas lebih baik dari yang dibawah...sekejap masa berlalu...kisah hati yang dianggap suci cuma bertahan sekadar 7 hari...(percya x??)
 
orang yang dalam keterdesakan sering ditakdirkan begitu...berjumpa orang yang terang-terangan adalah salah...
walau hati telah menduga..nmun nafsu sering menggila..mahukan nya...
dan akhirnya....
ditinggalkan terkontang-kanting tanpa dipandang seinci cuma...
kalau pun diingati..mungkin sekadar mahu meminjam pertolongan percuma...
 
bagaimana mahu pujuk hati supaya kembali berbunga seperti biasa??
sabar dan diam...mungkin itu jawapan sempurna yang ada....
 
*****tamat****
 
...pendek kn!!! cite ni..tapi seringkas mna pun ia nmun berat mata membaca berat lagi hati memikul..(heh! peribhsa baharu yaa)
 
nota gusi:
i. mungkin yg membaca xfham apa yg dibca...nmun terima ksih sbb sudi membaca
ii. rakan pernah b'pesan...'jgn bercinta dengan ikan muda'...nah..inila pdahnya..
iii. kisah ini utk kiter2 jerr..jgn bgtau org len yea??...^___-

Sunday, July 31, 2011

**Kekeliruan vs Kecelaruan**


Sejak kecil aku sering ditimpa pelbagai kecelaruan kekeliruan bertubi2...


Antaranya :-
- Kenapa aku tak boleh menjawab kata mak walaupun sekadar menegakkn kebenaran?
- Kenapa aku tak boleh makan kaki dan tengkuk ayam?
- Kenapa aku tak boleh menyanyi di dapur?
- Kenapa aku tak boleh duduk atas bantal?
- Kenapa aku tak boleh main batu seremban dalam umah?

Ahh!!..banyak lagi kekeliruan yang bergelumang dalam kotak fikiran ku, walaupun ada persoalan yang terjawab tapi....TAK LOGIK!!

Itu kekeliruan aku...

Tapi kini timbul satu lagi kekeliruan TEERBARU....dan ia telah jadi topik muka depan HARIAN METRO..(tak percaya??? )

Cari sendiri di METRO ONLINE...(promosi sekejap ^__^)

‘Kecelaruan identiti’ / masalah khunsa..aku pun tak berapa faham tentang masalah ini kerna aku bukan dari golongan ini tapi perlu tahu..

Menurut wikipedia. Khunsa /hermafrodit adalah merujuk kepada organisma yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin iaitu jantan dan betina.

Bagi golongan ini, penentuan jantina ditentukan oleh keadaan biologi fizikal yang lebih dominan samada lelaki @ perempuan..jika lebih menjurus ke arah lelaki maka keadaannya adalah sama seperti lelaki yang lain dan perlu berkahwin dengan wanita, dan begitu sebaliknya..namun jika fizikal berbeda dari naluri...maka fizikal itu yang lebih diutamakan kerna naluri adakalanya hanyalah keinginan nafsu semata.

Dan isu ini pernah dibincangkan jadi untuk perbincangan langsung boleh terus ke sini

Islam itu mudah namun jangan ‘disalahmudahkan’











Nota gusi:

i. Masalah kekeliruan emosi lebih hebat dari Kecelaruan identiti ...

ii. Hidup terlalu banyak teka teki...fueeewwww!!

iii. Kini...remaja dan ideologi..lagi 1 teka teki...so jawab sendiri !!

~ 1 Ramadhan 1432H ~

Thursday, June 30, 2011

** sepoi-sepoi sepi **

...angin sepoi-sepoi bahasa..
agak lama angin sepoi-sepoi tidak singgah disini...
sejak ia pergi mebawa bahasaku..aku jadi bisu seketika..
terpana dek kekeringan kosa kata yang lupa untuk kupinta semula...
namun, tak kusalahkan angin yang sepoi-sepoi itu...
sudah fitrah ia lalu disitu...mungkin
mungkin aku yang terlalu teruja...
ah!

sering begitu....

kini..kerna sepoi-sepoinya itu..aku ditiup hembusan sepi...
sekarang..sedang menagih agar angin datang kembali...
doakan moga ia bertiup kembali...

Sunday, June 5, 2011

** bicara NYA **

(setitis ujian dunia dari Yang Esa bak percikan neraka buat manusia) 




sedarkah...
bilamana Tuhan sedang berbicara dengan mu tentang 'sabar' dan 'ikhlas' dengan ujian bak titisan embun 
atau...
masih meronta-ronta nilai serakah supaya jiwa itu bisa mati secepatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...