Followers

Showing posts with label # sekoLahku#. Show all posts
Showing posts with label # sekoLahku#. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

~ smile..smile...keep smile ~

aSSalamualaikum.......

baiklaa...terleboh dahulu aq memohon maaf kerna  terdapat sistem 'rojak' di sini..maksudku bahasa dalam ruangan..harap kalian bisa faham...dan terjemahan dari tajuk di atas ialah..senyum..seyum..terusan senyum...^___________^

hari ini....14 Februari...(baiklaa sume orang tahu...)

tapi aq bukan nak bercerita tentang peristiwa yang menjadi bualan hangat mengenai tarikh ini...tapi aq mahu berkongsi cerita tentang dunia aq...

dunia aq bersama mereka...

baiklaaa...kita imbas balik peristiwa 2 3 mggu lepas...
aq....menerima jawatan guru INTERIM (sila tnya en.google utk penerangan lanjut..) di sebuah sekolah di bahagian Bagan Datoh...sekolah apee??...STARS...apakah itu...heh!cari sndiri...

hari ini adalah hari ke 16 aq di situ...
okee...mesti ada yang xsabar2 utk tahu pengalaman aq disana kn??? (jgn malu2 nak mengaku pulak!)

hari pertama...bermula dengan keadaan yang baik..aq ditakdirkan utk menumpang disebuah rumah seorang kakak..kawan kepada kakakku..jarak antara rumah dengan sekolah aq xdapat agak tapi memakan masa selama 40 minit..maka dengan itu, aq harus kelaur rumah seawal jam 6.30pg....(awalkn??!!)

baikla...hari pertama...aq ditugaskan merelief...kelas2 sains...(cool!)..tapi.......
hurrmmm...alangkah indahnya hari tersebut bila puan pengetua meminta aq mengajar subjek yang perlu aq relief kn itu....

baiklaaa...subjeknyaaa..agak menggugurkan jantung...kimia + sains...

 -_____-"

satu cubaan membunuh aq dalam senyap...adakah ini cadgn paling bernas atau sebaliknya..bayangkan...
aq seorang ex-student yang hanya menatap buku2 bahasa dan sejarah perlu bermain dengan simbol2 kimia...adakah itu membawa petanda yang malapetaka terbesar akan berlaku????

tidakkah guru itu risau sekiranya..kesihatan mental pelajarnya akan terganggu???

sangat memelikkan...

baiklaa..aq sebagai guru proaktif menerima cabaran itu dengan hati yang grrrrr....susah nak digambarkan...

minggu ke 2 pula..aq diminta untuk mengajar subjek geografi...^___^  senang!!!
tapi...sementara sahaja....

kerna keesokkannya aq diminta untuk mengajar...matematik....(menarik!!)

dan minggu ini aq ditugaskan menjadi guru PJK..dan aq tak pasti tugas ini bertahan untuk berapa lama...

disebabkan tugasku yang sangat unik berbanding guru lain..maka mereka2 dari kelas 3 Adil yang menjadi kelas 'mesti' relief akan sering dihurung kekeliruan yang amat sangat..(aq harap xmengganggu sistem tumbesaran mereka..)

dan aq juga telah mendapat gelaran baharu...guru SERBAGUNA...(dah macam perencah serbaguna jerr)

indah sungguh pengalaman disini...dan setiap hari tugasku hanya menanti subjek apa utk aq bidan terjunkan nanti..heh!!

baiklaa..itu sahaja untuk hari ini..kita sambung kemudian saja yaa...jumpa lagi!!

Friday, May 20, 2011

~ diari seorang CikGy (6) ~

...ding! dong!....

***************************************************************

salam rindu padamu wahai diari ku...
terasa bagai berkurun lamanya tidak menjengah diariku ini...
rindu bangat sama kamu...

tet!!

kesempitan masa mungkin mampu menjadi penghalang..namun jari ini masih mahu mengukir sesuatu untuk dikongsikan...

20 Mei 2011
...akhirnya, tiba juga tanggal ini..penutup dalam melakar memori sebagai "CikGy Praktikum"

tiba2 sahaja aku terasa masa berlalu begitu pantas..haaaissh! =,="
begitu laaaaaama aku menyepi diri..dan selama detik itulah pelbagai kenangan tercipta antara aku dengan mereka...

kisah pertama...16 Mei 2011

"SELAMAT HARI GURU!!!!"

sangat memoriable...inilah pertama kali aku menyambut hari guru sebagai guru...
yang menariknya...aku secara tiba2 tersentuh apbila terdengar sajak Usman Awang dideklamasikan...sob!..sob!
tersentuh sungguh..hampir2 hujan....
dan
kini barulah aku mengerti apakah itu.."the spirit be a teacher"..(betoi ke ayat aku niee..hantam jelaa)
setelah dengan penuh semangat aku mendendangan lagu Kami Guru Malaysia...
aaaaahhh!!...tak dapat digambarkan perasaan itu..
..kesimpulannya..jadi lah guru kalau mau tauu!!!..eheee

dan untuk sambutan yang julung2 kalinya ini..aku menerima beberapa buah hadiah dari mereka2 yang sweet..
(^_________^)


kisah kedua...18 Mei 2011

hari terakhir aku mengajar di kelas 3 Usaha...tetapi, untuk hari2 terahir ini, belajar itu bukanlah satu agenda utama...
hari terakhir...maka misi terakhir untuk gelakkan mereka2...huahahahaaa..
setiba aku di kelas...aku arahkan semua simpan buku dan bentuk kumpulan kecil
setiap kumpulan perlu ada sebatang pen..
hari ini aku mau mereka2 ini melukis...
kertas A4 siap diedar..dan...
lukisan pertama......'burung'!

hasilnya...seperti biasa, sememangnya tak serupa burung...
lebih menggelikan..ada juga yang...

budak 1: burung!
aku: ya...kenapa??
budak 1: ish! cikgu ni, suruhlah lukis gambar lain..
aku: burung..takkan tak pernah tengok?
budak 1: pernah..tapi.............itu hak asasi manusia..tak boleh didedahkan..
aku: hah??!!!
budak 1: tak payah la cikgu...(muka malu2)
aku: woooiiiit!!!...bukan burung itu, yang tu saya pun tak nak tengok..sejenis haiwan laaa..adeeehhh!!
(apalah nasib seorang guru..=,=")


boleh bayangkan???..
aku pun tak mengerti, punca2 mereka ni boleh tersesat sejauh itu..haaaaiish!

seterusnya...
lukis.....'gajah!'....hah!
part yang ini aku tersangat suka...
dapat melihat gajah2 mereka2 ini membuatkan aku berdekah tak tahu berapa kali...(^____^)v
hahahahaaaaa.....(maafkan saya wahai adik muridku...)

dan ativiti ini diteruskan dengan beberapa gambar lain dan akhirnya aku meminta mereka2 ini sampaikan laporan berdasarkan gambar yang dilukis....menarik!!!

kisah ketiga.....19 Mei 2011

nasi arab...pernah makan??
pertama kali dalam hidupku menjamah nasi arab...
apbila makan nasi arab..maka suasana pun ala2 arabian..cuma tiada si tukang gelek aja..(tak perlu kowt!)
ehsan dari guru PK sebagai tanda p'hargaan kepada kami si guru praktikum..
sayu + laaparr....
namun, lupakan seketika pada sayu- mayu itu..ayuh! dengan penuh emosi mengganyang ayam nan seekor ini yang dikongsi 5 orang...(itupun tak habisss..ish!)
aaahhhh....kenyang!..errk!!! (alhamdulillah..heh..)

kisah keempat...20 Mei 2011

lokasi: bilik muzik..
aku yang sedang menanda kertas periksa sambil menjaga mereka2 yang sedang peperiksaan..
tiba2..

budak 2: cikgu2..maaf..sy mengganggu..ada kecemasan cikgu,
minta cikgu ke kelas sekarang..tolong cikgu....
aku: kenapa ni??tak ada cikgu lain dalam kelas??..(cemas gilerr)
budak 2: tak ada cikgu..tolong datang sekarang!!
aku: baikla..beri sy masa 10 minit nak cari cikgu lain untuk ganti.
budak 2: tolong cikgu..cikgu datang cepat sikit yeaa...

aku..dengan kuasa kuda..(cehhh!) berlari mendapatkan tangga ke kelas 3 usaha...
sampai di sana....(dah boleh agak kan?!!!)

taarrraaaaaa!!!!!!!
untuk cikgu!!! (ramai2)
dan aku..dengan muka seperti melihat ayam berbogel..sangat2 terkejut!
mereka2 ini bikin sedikit jamuan dan meminta aku memotong kek...
aaaaahhh.....kau buatku terharu..sob!..sob!.. @_@

mereka sangat membuatku tersentuh..haaaiiih!!
sambil suap menyuap, kami adakan sesi bergambar...
sangat indah waktu itu...

*********************************************************

kenangan yang terlakar ini akan sentiasa tersimpan dalam memori ingatanku..
mereka..adalah pelajar pertama dalam hidupku..maka, mereka sangat bermakna buatku..
dan selepas ini...
tiada lagi diari seorang CikGy..kerna..
bermula dari detik ini aku akan melangkah terus kedunia ini sehingga nafas terhenti..
maka, pastinya terlalu banyak peristiwa yang takut tak tercerita nanti...

kepada mereka2 ini..
JUTAAN TERIMA KASIH buatmu...







nota gusi:
i. cerita tanpa ilustrasi bagai pelangi yang kurang berseri..namun apakan daya..
ii. masih terasa sayu lagi..lepas ni tiada lagi makan pagi..gelak2kan mereka lagi..=,="
iii. persinggahan yang masih panjang perlu diterusan....aja2 fighting!!


Monday, April 18, 2011

~ diari seorang CikGy (5) ~

salam u'ols!!!
waaah...sejak bila aku sudah pandai ber'u'ols2" nih...=,="

kepada dairi, kali ini..tidak seperti minggu yang biasa..aku tidak mahu lagi bercerita..(waaaaa..apa kes!!)
bukan merajuk..tapi, mungkin kali ini biar saja mata yang berkata2...(senyum)

sepanjang 2 minggu berturut..aku bersama rakan se'planet'ku ditabalkan menjadi penunggu di sekolah...
kami perlu bermalam disekolah bersama2 mereka2 (adik2 muridku)...maka
ikutilah ceritera yang telah terlakar antara

"aku dan mereka"

tajuk: malam perkhemahan kenaikan pangkat KRS

(guru KRS beri keterangan) 

( belajar ikatan - mereka2 yang sgt tekun)


(degil!!...kan dah kena denda..)


(inilah 'mahligai kami'.. ^_^ )

 
 (makan malam kami - ayam golek + tomyam)


 ( mereka diminta menggubah bunga menggunakan tali..heh!..anda2 boleh ke???)


 ( ikatan pada botol..betul ke tu cik adik??!!!)   

 
( inila..barisan kitaaa..yang ikhlas berjuaaangg..)



 
tajuk 2: hari merentas desa

(hari merentas desa) 


  (si penjaga masa..bersama masa2 nya)


(inilah 'port' aku..di meja juri..^__^)


( mereka yang dalam keterujaan)      


(meh...secawan!!)


 
***** inilah alkisah menarik yang telah terjadi antara aku dan mereka2...*******

entry kali ini juga agak spesial dari entry2 yg lain kerna...
kini.....
mempersembahkan....
rakan2 se'PLANET'ku.......

taraaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!





( inilah..kami!!..op2!..cume ketinggalan seorang lg..=.=")




 
nota gusi:
i. aku si belakang tabir..tukang merakam kenangan kamu..(selalu begitu..^__^)
ii. dalam kenangan...




Saturday, April 9, 2011

~ diari seorang CikGy (4) ~

selamat malam diari....

...bulan PENAT sedunia...
hanya itu yang mampu aku gambarkan apabila macam2 tugas perlu diselesaikn segera!! (=_=") haish!
dalam bulan ini kami...para cikgu dan cikgy perlu selesaikan:

a) mural..(maaf kalau tersalah ejaan)....alah, lukisan yang dekat dinding sekolah tuee...
b) sayembara puisi dan lagu...
c) hari koku...
d) merentas desa...
e) hari hijau sedunia

errmmm...apa lagi yea....(garu2 dagu)
itu saja...!!
ish!!...kenapa macam tak banyak yea??
sebenarnya banyak...cuma tak ingat..heh!

kalau disenaraikan memang tak banyak..tapi
'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'..
ececeee!!!

(berat mata memandang..tandanya mau tido..ZZzzzzzz)


itu sahaja celoteh pembukaan untuk malam ini...
***********tamat************

baiklah..kita masuk kepada isi2 penting...
apa lagi kalau bukan kisah mereka2...kenal siapa mereka??
siapa lagi......adik2 muridku laaaa....ish!

kelmarin aku diminta me'relief' di sebuah kelas nun jauh dihujung blok..tingkatan 1..
sebelum sampai ke kelas tersebut aku sudah pun sesat ke beberapa buah kelas yang aku pun tak pasti kenapa aku buleh sesat..ceh!
namun, dengan wajah selamba aku meronda2 disekitar blok sekolah seolah2 aku me'relief' tugas pak pengetua...(nasib baik pak pengetua tak ikut sama..hehee =P)

dan akhirnyaaa....JUMPA!!!..(yeaahah!)

masuk kelas.....
mereka: baguuuuuuunnn!!!..selamat sejahtera cikgooooo...
aku: hurm..selamat!..duduk!
mereka: cikgu2..kenapa masuk kelas kami?
aku: kenapa??salah?
mereka: tak la..kami berbangga..
(sengeh)
aku: cis!
(sinis)


berdasarkan pengalaman yang ada maka mudah bagiku menguruskan kelas kali ini..semua aku minta senyap dan buat kerja masing2..untungnya mereka2 ini bukan dari pelajar2 yang pekak badak..maka, segalanya bereh sey!!..hah!

kemudian...

budak: cikgu...muka cikgu berserilaa...
aku: ish! mana ada.
(tersipu-sipu..ceh!)
budak: betoool..cikgu pkai innershine yea?
aku: ish!..sy ni botol innershine pun tak penah jmpe..
(ye ke?!!)
budak: cikgu!!...innershine...
(gaya ala2 iklan innershine)
aku: (senget!)

mengapa aku dikaitkan dengan botol pelik itu???
huh!...aku terlupa..hari itu aku pakai baju kaler ungu...(patutlaaa)
mungkin mereka2 ini ingat aku salah seorang pengedar innershine.....(tak keje laa)
haaaiissh!!!

(kenapa mesti ini??..)


sepanjang minggu ini dan minggu2 sebelumnya..aku lebih banyak me'relief' kelas..begitu juga rakan2 se planet ku...kasihan...
namun, demi anak bangsa itu semua tak mengapa...

sambil2 me'relief'..adakalanya aku kebosanan melihat mereka2 ini tekun menyiapkan kerja..
rajinkan mereka!!
dan adakalanya..bila aku dibelakang kelas..aku tefikir.."ni kalau aku dance ala2 zapin nii..best jgak!"..namun...
niat aku mati disitu saja..bayangkan..sedang enak menari zapin..mereka2 memandang kebelakang...haaaah!!
aku pasti, mereka2 ini akan diserang trauma yang amat dasyat hingga ada yang tak dapat diselamatkan...haaaish!!! (+_+)
jadi aku matikan saja niat itu dikepalaku...hurrrmmm.. 

dengan ini..itu saja coret aku pada dairi..
biarpun keletihan dengan aktiviti yang menyakitkan hati...namun aku masih punya penawarnya...
mereka2 inilah penawarku....(^_____^)


 

(mereka2 yang sangat shomeeelll..)

nota gusi:
i. tenet yang sangt lembab macam CIPUT!!!..(hampir memengsankan en.mood)
ii. menikmati waktu malam yang sangat tragis..
iii. belajar mimpi tanpa kamu..sedikit kesunyian, namun perlu akur..

Tuesday, March 29, 2011

~ diary seorang CikGy 4 ~

selamat pagi cikgu!..(sila buat gaya seperti cerita 'upin ipin')
heheheee...
mulakan hari ini dengan senyum dan salam..
sudah lama bebeno tak merepek tentang mereka2 ini..sapa??
siapa lagi...adik-adk muridku la..
adik??..(adik kot!)
memandangkan aku sering menge'post' entry2 yang agak bermain dengan emosi dan fantasi..
sehingga aku lupa tentang diariku yng semakin berhabuk dan semakin burok dimakan anai2 ini...
haaaish!!...

cerita pertama..

aku: saya ada berita gembira untuk kamu semua..
mereka: apa dia cikgu...
aku: selepas ini saya takkan marah kamu lagi..saya takkan gelakkan kamu lagi dan
saya takkan buli kamu lagi...
mereka: erm!!.(terpinga2)
aku: mulai hari ini saya tak mengajar di kelas kamu lagi...
mereka: apa??..(muka terkezut..)
aku: yeaa...
mereka: ala...cikguuuuuu.....jangan la pegiii....kami nak cikgu jugakkk...kami taknak cikgu lainnn..
tolong jangan pegi cikguuuuu.....
aku: ...ermmm (senyum)
*alah..berlakon je tu...

begitulah kisah pertama..
.aku tak lagi bersama mereka2 3 Gigih..walaupun agak sedih namun, life must go on!!..ceeewah!..
macam tak jumpa langsung jerr mereka2 nih...
dan aku..
aku  biasa jerr...sedih sekejap..tapi bila masuk kelas baharu..
whoooaaaa!!!!
best juga kelas baharu ni..semua 'happening' belaka...
tapi jangan terlalu excited....
yeaaahhhh!!....semangat2!!

cerita kedua...

cerita ini agak lapok untuk digembar-gemburkan...
namun aku masih nakbercerita sebab ini diari aku...hahaha..
dua minggu aku bersama cikgu cikgy lain ditugaskan untuk menjaga mreka2 yang sedang menghadapi ujian penilaian 1...

aku...
diminta menjaga kelas 5K1...
kia bermula bila ku melangkah kaki masuk kelas itu...
memandangkan itulah kali pertama aku menjengah ke kelas itu..
maka setiap cerita dari rakan-rakan ku berkenaan kelas ini berlegar2 di ruang kepalaku...
(bayangkan..berlegar2)
masuk sahaja....

mereka: selamat sejahtera cikgu
aku: selamat sejahtera..duduk...
mereka: nak duduk kat mana cikgu..
aku: atas kerusi laaa..takkan bawah kerusi koowt! sila letak beg2 anda diluar..
mereka: baik cikgu...
*******
aku: baiklah...boleh mula sekarang!
mereka: tak nak!
aku: erm!..(muka pelik..) suka hatilah..

tiba-tiba...
jeng3x....

budak: cikgu duk mana?
aku: siapkan soalan..baru saya jawab..
budak: baik!..(buat dengan gigih bro!)
siap!
aku:...haaaaish!
budak: ok..cikgu duk mana?
aku: jangan bising...(selamba jerr)
budak: ala...cikgu, tak baik mungkir janji...
aku: .....(buat tak dengar)

sambil berjalan2 memerhati mreka..mata dan otakku tiba2 tercari2 seorang budak yang agak famous di sekolah itu...(betul!)
dia memang terkenal...terkenal dengan kenakalannya...ponteng sekolah, bergaduh, tak siap kerja rumah..(sebab kerja rumah bukan kerja sekolah..heh!) dan macam2 lagi...(macam2 ada)
dan tiba2...(banyaknya tiba2..heheee)

budak itu: cikgu..bacalah nama saya..
aku: ....nama.****** bin ****
haaaah!!.....ini ke budak tu??(bisik dalam hati)
budak itu: saya la orangnye cikgu....(tersenyum bangga)
aku: eh!..(macam mana dia tau aku cari die ekk!)
budak itu:  ....(senyum)
aku: ....(berlalu sambil buat muka pelik)

maka, seharian aku lalui dengan kepelikan..macam manalah budak ni buleh tau aku tercari2 kn dia...haaaaish!

pelik bukan??!!
tapi..tiada yang pelik..
mungkin dia dapat mengagak apa yang aku fikirkan..
mungkin...
dia ada chemistry yang sama dengan aku...
ooooooooohhhhh!!!!...tiiiidaaaaakkkk!!!!
(sambil garu2 hidung...)

heh!
cukup dua cerita...
sebab??
aku masih disekolah...sambil tunggu masa untuk berlepas ke kelas..aku merapu di lappy kawan..(pinjam yea kawan! ^_^ v)
maka..kepada cikgy2 diluar...selamat berjuang semua!!

dan aku...
cikgy...udah cukop!!!!!...
masa udah tamat!!...

adious.....(@_@)

Friday, March 4, 2011

** Si ManTan **

hari ini hari terakhir untuk
 "si mantan"
malam terakhir bersama
 "si mantan"
moga..
."si mantan"
terus mengorak langkah seterusnya..
mencorak sisa perjalanan yang masih berbaki...
terima kasih atas segalanya kepadamu
"si mantan"

inilah "si mantan"...

bertahun lamanya menjadi anak murid pada guru yang berwibawa ini..
dan kini aku sendiri yang menyambut hari persaraannya..
sedih...
namun..hidup perlu diteruskan...mana tahu suatu hari nanti
aku bisa menjadi sepertinya...
(amin..)


*********
disamping menangkuh kesedihan, aku jua tak ketinggalan menggatalkan tangan
menekan punat kamera hp ku untuk merakam saat2 indah dimajlis itu..
soo..enjoy!!!







*meriahnyee


*nie pun meriah...

eh! kenapa sume gambar makanan jer??..(smbil garu2 kepala)
hehehe...gambar makanan pun bolehla..kalau makanan meriah, suasana pun sama la juga
kan???
sebenarnya, aku dah cuba untuk tangkap gambar orang...
namun, hati ini sudah terpikat dengan hiasan meja yang MENGIURKAN itu..
jadi...snap je laaa...

itu saje...
addiiiiosss!

Thursday, March 3, 2011

~ diari seorang CikGy (3) ~

...udah lame rasanya tak meng'update' blog...
bercerita tentang mereka yang sekarang sedang menjadi sebahagian daripada duniaku...
urrmmmmm....
kisah minggu ini....

kisah pertama...
situasi: didalam kelas ting.3

memang dah menjadi rutin aku masuk kelas ini untuk mengajar mata pelajaran BM..untuk hari ini, aku bikin satu kelainan..aku menjemput mereka2 ini ke bilik tayangan untuk merasai kehebatan teknologi sambil belajar...
tajuk karangan hari ini...cara atasi masalah pembuangan bayi...
sesi p&p kali ini..aku bentuk beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu memikirkan cara atasi masalah tersebut..seterusnya membentangkan idea mereka menerusi wawancara...
wawancara bermula dan aku bertindak sebagai pengerusi majlis...(nak jugeee!)
tiba ke giliran panel terakhir...

aku :      baikla..seterusnya panel terakhir iaitu Yang Berhormat ****
            diminta memberi sedikit cadangan untuk atasi masalah ini..

pelajar: baikla..terima kasih pengerusi majlis...
            salah satu cara kerajaan untuk mengatasi masalah
             pembuangan bayi ialah memperbanyakkan
             aktiviti lasak..itu sahaja..(dgn penuh confident..)

aku:     grrrrrr.....(buat muka pelik..)

tiba2.....(satu kelas gelakkan dia..)...haiyyak!!!
yang lebih malang lagi..aku turut jua mengikut jejak langkah mereka..sehingga ambil masa beberapa minit untuk berhenti...(terlebih suda!)
kesian budak itu....ish3x.....

tapi cubala bayangkan..cdgn yang diberi..agak melampo kalau kerajaan akan buat begitu untuk atasi masalah pembuangan bayi....sangat2 menakutkan!

kisah kedua
situasi: dalam kelas jugee

"kamu sume tahu punca2 seseorang itu buat..ops! dapat serangan jantung?"
" macam mane cikgu??"
dgn penuh confident..."salah satunya disebabkan stress..dan kamu mahu tahu cara untuk hindari serangan ini???"
"macam mana cikgu???"..(sudah bersedia dengan pen dan kertas..)
"salah satu caranya ialah....kamu keluarkan buku tulis..siapkan karangan hari ini jugak..."..(tanpa perasaan)
"aaaaaaaaaaaaaaaaa.......cikgu......kalau kami tak buat??"
"kamu akan dapat serangan jantung dari sy!".................

sekian terima ksih ....


heheheeee....itu saja cerita buat minggu ini..macam tak larat nak taip panjang2..walaupun banyak lagi nak diluahkan..tapi...biarlah rahsia...ceeewah!
pesanan ringkas buat bakal2 guru diluar atau didalam....bersedialah dari segi mental dan emosi yang kental..(seperti kentang....hehehee)

adiousss!!!!



(beginilah keadaan mereka bila didenda panjat dinding...
*sekadar gambar hiasan)

Monday, February 21, 2011

~ diari seorang CikGy (3) ~

selamat pagi cikgu! (dengan irama cerita upin dan ipin)
minggu kedua...
penuh dengan cabaran...dan kali ini sama seperti entry yang lepas aku hanya mampu rangkumkan diari seorang cikgy dalam 1 minggu, memandangkan untuk ku kongsi setiap hari...tak berkesempatan..dan tambahan pula..sejak aku membela BB (berukband) ini, secara tiba2 beruk belaanku ini punya tuan baharu..iaitu adikku...maka dia sahajalah yang mengkhatamkan BB ni samapai tak boleh guna...(sabo je la..)

tapi tak mengapa..hidup peru diteruskan...yeah!
baiklah...cerita untuk minggu ini begini pula yaa..

hari pertama
aku sememangnya berbasib baik..selalu bernasib baik..mungkin kerna aku memang baik..(angkat bakul jap naa..)ehehehe...sebenarnya hari ini tak ada kelas untukku..free...wah!..indahnya..namun, keindahan itu cuma sementara apabila ternampak saja muka makcik kerani sambil jalan melenggang bawa senarai kelas untuk di'relief'...haiiih!..kenapa perlu ada dia??....
jadi..berduyun2 lah kelas yang perlu aku relief untuk hari ini...
kelas pertama..3 Tekun..
melangkah saja aku ke kelas itu..semuanya terdiam..mengapa??..(entah..aku tak 'check')
bagus...semua diam...
jadi untuk permulaan aku biarkan mereka buat kerja sekolah yang tak siap...
tiba2!
seorang pelajar datang ke arahku...
pelajar: cikgu...cikgu ajar subjek ape?
aku: sy ajar subjek BM dan sejarah..mengapa?
pelajar: cikgu ajar kelas 3 Gigih kan?
aku: ye..kenapa?
pelajar: cikgu nak tau..kelas tu bahaya tau...
aku: kenapa pulak??(dengan wajah terkejut)
pelajar: cikgu nak tau..dulu ada seorang guru praktikum masuk kelas itu..cikgu tu memang comel..tapi sayang...bila die kelaur je dari kelas tu..muka die lebam2..
aku: kenapa jadi macam tu?..(dengan muka tak percaya)
pelajar: entahla cikgu..cikgu hati2 tau..sy taknak cikgu jadi mcm tu..(dengan selambanyaaa)
aku: awk jangan risau..sy ada pendinding...lepas nih insyaAllah sy tak lebam2..sy takut lepas kuar kelas ni ..awk yang lebam...(sambil senyum kuda)
pelajar: ooohhh...hehehee..sy buat kerja sekolah yea cikgu...


kelas kedua..2 Ceria..
nama kelas pun aku dah agak..mesti budak nih ceria bebeno...yes!!!..tekaan ku tepat!
sangat ceria samapai lupa nak masuk kelas..
aku terpaksa mengerahkan seluruh otot tekakku untuk bersuara lantang supaya mereka2 ni diam..(ceria bukan?)
kemudian..aku beri game kepada mereka2 ni..macam biasa..tulis sepotong ayat dan bina perkataan lain dari ayat tersebut..senang jer!
mereka buat biarpun aku terpaksa berjalan2 mengelilingi mereka..(macam polis trafik!)
kemudian salah seorang pelajar..comel datang kepada ku..

pelajar: cikgu..ajarlah sy buat perkataan...
aku: tapi awk dh pandai..nak ajar ape lg..
pelajar: ajarla cikgu
aku: boleh..tapi sy ajar kain sikit..
pelajar: sy sanggup cikgu..cikgu ajarla mcm mna pun..sy terima..(sambil tersenyum manja)
aku: boleh..sy ajar pkai rotan..nak?(senyum sinis..)
pelajar: errrr..tak pe la cikgu..eh!dah dapat idea la pulak..
aku: grrrrr....
 yang tragisnya..pelajar yang manja2 itik itu adalah pelajar lelaki..(pelajar lelaki yang paling nakal) maka..salah orang la dik!!!!...(hambik kau!)
dan...kelas tamat...
untuk kelas ketiga aku suruh mereka buat kerja sendiri..dah hilang mood nak melayan...

hari kedua dan ketiga...
lalui macam biasa..menagajar kelas sendiri lagi menyeronokkan dan bersemangat..walaupun adakalanya aku diperli..(cis!!)
"sesiapa yang tak habis salin, tengok kawan ye.."
"cikgu..sy dah jemu tengok kawan..suruh la tengok benda lain pulak.."
"sy buka suruh tgok muka kawan kamu..tengok buku kawan..tiru buku kawan..adehhhh!"

terkena aku....huh!

p/s: minggu yang memenatkan..badanku..otakku..tanganku...dan...suaraku..

Monday, February 14, 2011

~ diari seorang CikGy (2)~

" cikgu2..kenapa masuk kelas arini?..sekarang bukan subjek Sejarah la cikgu.."
" Sy tau...kenapa?tak boleh ke sy masuk?"
"boleh cikgu..tapi...ermmm...cikgu ganti cikgu Sains yea???"
"ya"
"cikgu Sains tak datang la yea"
"ya"
sorak ramai2.."hooorayyyy!!!! cikgu ini yang ganti!!!"
"eeekkk!"..dengan penuh kebingungan...

cerita hari ini..
aku mendapat tugas untuk me'relief' kelas 4 Ikhtisas...
sebut saja kelas itu, aku dah terbayangkan..wajah2 kedegilan..yang tak dengar arahan..yang suka menjawab..yang tak suka belajar..yang tak suka aku..dan banyak lagi yang tak payah la senaraikan...
tapi....
satu tanda tanya hari ini..mereka suka aku masuk...kenapa???
mungkin ada sesuatu yang tak kena disini...aku perlu siasat..(sambil garu2 dagu..)
ketika menggantikan guru yang tak hadir di kelas itu...suasana dalam keadaan terkawal..
mereka agak baik buat masa ni..(harap2 bukan lakonan semata)..

dan lagi satu....

salam maulidur rasul buat semua pembaca...(^____^)


maulidur rasul...
buatkan aku teringat zaman sekolah dolu2..
bila tiba maulidur rasul...pasti akan ada perarakan..ceramah dan nasyid...
dan perkara itu masih dilakukan sehingga hari ini...
tak lupa jugak...rancangan TV..pasti semuanya berkisahkan keagamaan..
best jugak!heheee...
dan lagi satu..tema maulidur rasul tahun nie..ada sesiapa tahu??..(sile angkat tangan)
setiap tahun pasti akan ada lain2 tema..dan kalau waktu sekolah dulu..mesti kena hafal...
dan sekarang??heheee..
untuk diri aku yang serba kekurangan ni...dari mula aku kenal siapa itu Rasulullah s.a.w sehingga sekarang..
hanya satu tema yang aku pegang.."My Idol"
dan tema nie aku pegang setiap hari..(walaupun adakalanya aku terleka T_T)
tapi..doakan agar aku tetap teguh menongkah arus hidup ini yea..(^_____^)b

Friday, February 11, 2011

~ diari seorang CikGy (1) ~

uhuk..uhuk...hacooooom!....
wah...banyaknya habuk...baru seminggu kena tinggal...
ish!..siap de srang labah2 bagai...
sapa la punya blog nih...tak terurus langsung...
(kerja2 pembersihan sedang dijalankan)

**********************************************************

sudah selesai...fuhhh! legaaaaa....
seminggu menyepi..bukan kerna hilang idea..tapi kerna hilang tenaga nak menaip..
yang mampu hanya menziarah ke blog 'feberet' jer...

7hb feb. 2011...
bermula dari tarikh keramat ini secara rasminya aku telah dinobatkan sebagai GURU...
maaf...tak habis ayat lagi...GURU praktikum jerr...di SMK.....kampungku...
(kat mana tu tak yah tau la ekk! janji kat sekolah...)
jadi entry kali ini aku nak merepek sedikit sebanyak suka duka yang aku temui di sekolah ini....
pendahuluan.....(cis! macam nak buat karangan pulak..)
sebenarnya sekolah yang aku pilih itu bukan sekolah lama akupun..tapi sekolah lain yang berdekatan dengan rumahku..(save bajet)..jadi beginilah kisahku bermula...

hari pertama
aku dengan rasa bangga dan tak lena tidur bangun dari katil ke bilik air...op!op!...aku lajukan sikit yea...sampi di sekolah aku dengan penuh rasa yakin membontoti sebuah motorsikal pelajar sekolah tersebut..sebab aku nak tau dimana tempat letak motornya..akhirnya aku dapat jua tempat yang menarik dan stratergik...(walaupun ditempat letak motor pelajar)..
perhimpunan pertama, kami guru2 praktikum dari UPSI disambut dengan baik dan kami telah dijemput pengetua untuk memperkenalkan diri..aku bersama rakan2 diminta naik ke pentas..jadi dengan rasa yang berdebar2 sambil berfikir "apelah yang aku nak cakapkan nih!"...melangkah ke ruangan tersebut..rupa2nya pengetua suruh berdiri jer..dalam hatiku "cis! pengetua..bikin jantungku mau jatuh jer.."..
kemuadian pada hari pertama kami diberi tempat duduk dan jadual waktu...tapi masih belum boleh mangajar..
tiba masa balik...aku dan rakan2 terpaksa balik lambat sedikit dan itu memang aku inginkan..dari berpusu2 keluar bersama pelajar2..lebih baik tunggu keadaan lengang baru aku keluar..maka dengan rasa gumbira yang teramat aku keluar..
kawan bertanya: datang naik apa?
            aku: naik motor...(dengan senyuman lebar)
kawan: motor letak dimana?
aku: kat parking motor student...

sampai saja aku disana..jeng..jeng..jeng..........
waaaaaaaaaaaaaa.......motor aku basah!..aku tengok langit baru mendung2 jer..tapi kenapa motor aku dah berhujan????....seribu persoalan menyelubungi benakku...rupa2nya..motorku dihujani dengan air basuhan TANDAS......waaaaa...salah parking da...tempat terlalu startegik...
apalah nasibku..hari pertama sudah begini..nasib baik air tu wangi..dan lebih bernasib baik enjin motor boleh hidup...jadi aku balik dengan seribu kesedihan...hari pertama yang menyedihkan...

hari kedua...
aku datang sekolah seperti biasa..dan kali ini kelas pertama tingkatan 4 Ikhtisas (8.10-8.50)...loceng berbunyi dan aku masuk kekelas tersebut...
menarik!...pelajar 1 malaysia...semua ada..tapi yang tak menariknya..masih wujud dasar pecah perintah disitu..pelajar cina 1 kump., pelajar melayu 1 kump. dan pelajar india 1 kump....dalam masa yang singkat itu aku hanya mampu memperkenalkan diriku dan bertanyakan serba sedikit tentang diri mereka...mudah..agak klise namun..maafla..guru anda ini sedang cuba membiasakan diri...dan hari ini berlalu seperti biasa..

hari ketiga...
wah!aku perlu mula mengajar hari ini...kelas pertamaku 4 Ikhtisas..dan subjek pertama pengajaranku Sejarah..(walaupun opsyenku BM..tapi dah dapat Sejarah pun..boleh laaa)...semangat!..semangat!...
dengan penuh keyakinan dan perancangan yang mantap..(agak mantap la) aku masuk ke kelas..
namun...malang.....(suka macam tu kn!)
mereka, anak muridku tak memahami yang guru ini sedang bersemangat waja mahu mengajar mereka..
haissh!...tak nak masuk ikut kumpulan..bising...taknak bagi kerjasama...aduiiih!..banyaknya yang mereka2 ni taknak...tapi aku perlu teruskan jua..abaikan anak2 cina yang degil2 itu...bagi perhatian pada yang mahu belajar jer..dan akhir kelas aku minta mereka siapkan kerja rumah..done!

hari keempat dan kelima...
maaf yea terpaksa gabungjalinkan...sebab en.mata sudah merayu2 untuk berehat...tapi..nak teruskan juga...yeah!
hari keempat aku telah dinobatkan sebagai guru persatuan pengakap dan guru kelab badminton..walaupun..sumpah! aku memang tak menggemarinya (aku highlightkan disini..) malah aku tak pakar pun..tetapi aku terima dengan hati terlapang...
dan pada hari kelima...hari ini aku sibuk (agak sibuk)...pagi2 lagi aku baru bercadang nak sarap(sarapan)...dah dapt kertas kena relief kelas...eiseyman!..tak mengapa la, walaupun perut berkeroncong lagu Amuk namun demi anak bangsa...maka aku turutkan jua..dalam kelas..seperti biasa hobi mereka ialah..bercakap..bercakap2 tak henti2...dan aku.."diam semua...."..tiada respon....kali kedua pula dengan sedikit kuat.."tolong diam semua..."...tiada respon juga...dan akhirnya dengan sekuat hati..."kalau kamu taknak diam, saya makan kamu sorang2 nak?"........misi berjaya...
rupanya anak muridku ini takut kena makan yea..nasib baik misi berjaya, kalau tidak, mungkin pada keesokannya pada muka depan Harian Metro akan keluar tajuk 'Anak Murid Dimakan Guru'...(siapa tau...??)
dan untuk masa tersebut aku beri permainan berbentuk bahasa..biarpun ketika itu adalah masa subjek Sains tapi memandangkan aku tak mahu mereka gagal dalam subjek Sains maka aku ambil keputusan untuk adakan permainan bahasa sahaja...misi sempurna!

en.mata sudah memberi amaran terakhir..maka aku perlu tidur dan en.mata perlukan rehat yang secukupnya untuk Isnin minggu depan..adiosss!


 
*sudah seminggu tak mendengar suaranya...setiap hari bagai ada kekurangan..namun aku cuba untuk persetankannya..biarpun agak berantakkan..namun aku terus cuba..dan cuba...
mood: rindu bangat sama kamuu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...