Followers

Sunday, July 31, 2011

**Kekeliruan vs Kecelaruan**


Sejak kecil aku sering ditimpa pelbagai kecelaruan kekeliruan bertubi2...


Antaranya :-
- Kenapa aku tak boleh menjawab kata mak walaupun sekadar menegakkn kebenaran?
- Kenapa aku tak boleh makan kaki dan tengkuk ayam?
- Kenapa aku tak boleh menyanyi di dapur?
- Kenapa aku tak boleh duduk atas bantal?
- Kenapa aku tak boleh main batu seremban dalam umah?

Ahh!!..banyak lagi kekeliruan yang bergelumang dalam kotak fikiran ku, walaupun ada persoalan yang terjawab tapi....TAK LOGIK!!

Itu kekeliruan aku...

Tapi kini timbul satu lagi kekeliruan TEERBARU....dan ia telah jadi topik muka depan HARIAN METRO..(tak percaya??? )

Cari sendiri di METRO ONLINE...(promosi sekejap ^__^)

‘Kecelaruan identiti’ / masalah khunsa..aku pun tak berapa faham tentang masalah ini kerna aku bukan dari golongan ini tapi perlu tahu..

Menurut wikipedia. Khunsa /hermafrodit adalah merujuk kepada organisma yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin iaitu jantan dan betina.

Bagi golongan ini, penentuan jantina ditentukan oleh keadaan biologi fizikal yang lebih dominan samada lelaki @ perempuan..jika lebih menjurus ke arah lelaki maka keadaannya adalah sama seperti lelaki yang lain dan perlu berkahwin dengan wanita, dan begitu sebaliknya..namun jika fizikal berbeda dari naluri...maka fizikal itu yang lebih diutamakan kerna naluri adakalanya hanyalah keinginan nafsu semata.

Dan isu ini pernah dibincangkan jadi untuk perbincangan langsung boleh terus ke sini

Islam itu mudah namun jangan ‘disalahmudahkan











Nota gusi:

i. Masalah kekeliruan emosi lebih hebat dari Kecelaruan identiti ...

ii. Hidup terlalu banyak teka teki...fueeewwww!!

iii. Kini...remaja dan ideologi..lagi 1 teka teki...so jawab sendiri !!

~ 1 Ramadhan 1432H ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...