Followers

Saturday, October 23, 2010

~ Taufan Megi ~


Pertama kali aku baca artikel (berite nih)..rasa teruja sgt..mungkin kerana aku penggemar mee maggie...
‘Taufan megi’....tajuk sahaja sudah buat aku teruja..ye la..dalam fikiranku (yang agak2 sengal 2 3 hari ni) hanya fikirkan...”wah..best la cmtu..mesti  mcm dalam cite kartun yang mkanan turun dr langit tu!..blh la makan megi manyak-manyak..best2!”

 nyum..nyum!

Hah!..aku tertipu..
Taufan megi..bukanlah taufan (org Perak pggil topan)yang menurunkan megi bergulung2..
tapi taufan Megi  (nama antarabangsa: 1013, nama JTWC: 15W, nama PAGASA: Juan) ialah taufan kencang dalam musim taufan Pasifik 2010. Nama "Megi" bermakna "ikan duri" dalam bahasa Korea. Ia merupakan taufan 2010 pertama di Lembangan Pasifik yang mencapai taraf "Taufan Super", dan yang pertama di Barat Pasifik sejak Nida pada 2009. Dengan tekanan minimum 885 milibar, ia merupakan antara siklon tropika paling kuat pernah direkodkan. Taufan ini bertemu daratan pada awal 18 Oktober di timur laut Luzon di Sierra Madre, menjadi salah satu ribut terkuat dalam sejarah bertulis yang bertemu di daratan.



Hari ini, taufan tersebut telah melanda di kawasan selatan China, dan kejadian ini telah mengakibatkan 36 terbunuh di Filipina. Di Taiwan, 24 masih hilang manakala 12 disahkan maut kerana lumpur dan tanah runtuh.
Sangat dasat!!!...takziah pada mangsa...

~ ciNtA ~


Apa erti cinta??
Apakah itu cinta??
Dulu aku pernah merasai cinta..
Hampir merasai..
Tapi mungkin aku yg terlalu ingin dicintai..
Sekarang...
Aku temui sebuah kisah cinta..
Yang dulu aku fikirkan hanya sekadar coretan imaginasi di novel2 cinta..
Hakikatnya cinta itu wujud...
Cinta yang bagai mana??
Cinta terlarang...aku pernah baca episod cinta terlarang..
Dan kini aku sendiri sedang menyelami cinta itu..namun bukan aku pemainnya..
Apa erti cinta itu buat mereka??
Sampai bila cinta itu akan ada??
Apa buktinya???
Semua soalan itu terus menusuk ke fikiran aku..tapi tak mampu ku luahkan..
Takut dia berkecil hati..
Mungkin orang akan berkata “tak perlu sibuk tentang cinta orang lain sedangkan kau tak pernah merasainya”
Ya..aku tak pernah rasa cinta manusia selain keluarga..
Tapi..
Aku mahu kepastian..sampai bila cinta itu akan ada...
Adakah ia akan kekal sampai hujung nyawa..atau..
Sampai bila???
Mungkin sesiapa boleh terangkan keadaan sebenarnya...
Kerna..mungkin aku yang ketinggalan untuk memahaminya...
...................................................................................................

~ jOm bLajar bhsE koRea ~

Hari nie kte belajar bhsa korea..tapi buat sementara nie, kite belajar yg simple2 dulu...ekceli aku pown baru belajar sbnrnye jadi kte belajar sme2 yea...(^_^)

네.(예.)
[ Ne.(ye.)]
Ya.

아니오.
[Anio.]
Tidak. (Bukan.)

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Halo.

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar.

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal.

안녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan.

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Selamat datang.

고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Terima kasih.

천만에요.
[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.)

미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.)

괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
Tidak apa-apa.

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
izinkan saya.

입국
[ipkkuk]
masuk negara

여권
[yeokkwon]
 pasport

여기
[yeogi]
di sini

있다
[itta]
 ada

오다
[oda]
datang

한국
[han-guk]
Korea (Korea Selatan)

[il]
pekerjaan

무엇
[mu-eot]
apakah

회사원
[hoesawon]
karyawan

처음
[cheo-eum]
untuk pertama kali

두 번째
[dubeonjjae]
untuk ke-dua kali

언제
[eonje]
bilamana

일주일
[iljjuil]
satu minggu

계시다
[gyesida]
berada

*p/s: aku yg sdg demam drama korea..

Friday, October 22, 2010

~jAnJi aKu~


Janji aku..
Pada bulan yang mengambang..
Pada matahari yang bersinar...
Pada bintang yang berkelipan..
Aku akan berdiri..berdiri menongkah langit..
Berdiri bertongkatkan bumi..
Berdiri menyandar di angin..
Berdiri dan terus berdiri...
Janji aku...
Pada ibu yang semakin lesu...
Pada ayah yang tidak disampingku...
Pada teman yang sering berlalu..
Pada dia yang belum kuketemu...
Aku akan tetap menongkah langit..
Bertongkatkan bumi..
Menyandar di angin..
Namun..
Janji aku..
Pada tuhan yang lebih tahu..
Pada suratan yang telah ditentu..
Pada hati yang semakin xjemu..
Apakah aku tetap akan terus menongkah langit..
Apakah aku tetap bertongkatkan bumi..
Apakah aku tetap akan bersandar pada angin...
Sedang hari semakin laju berputar...
Tanpa memandang padaku..
Tanpa memandang pada janji aku...       

Saturday, October 16, 2010

~ Hati + Heart + souL + ???? ~

*Peristiwa ari nie*
 
Hari ini, sambil buat kertas projek bersama ‘roomate’ angkat...tibe2 aku ditanya dgn 1 pertanyaan..
“apa obat utk hati yg xtenang??”                        Huh!...mengong sekejap....obat ape??
Setahu aku, bile hati xtenang bce je la al-Quran tue...insyaAllah hati blh jadi tenang..btul x???
Jadi aku amek keputusan utk berdiam dulu...dan berfikir...
Selalunya kalau sakit pale obatnye panadol
Sakit perut obatnye pil chek kit teck oun
Sakit kaki obatnye mnyak kuda..tapi xleh mkn lerr...
Tapi ble hati yg sakit 

(it’s mean soul, xberkaitan dgn sirosis hati)..mgkin specialist dr ovesea pun xdpt nk ubatkn..
Jd aku pun terasa nk menyonteng page kt blog haku ni dgn sdkit info..(mne tau blh pkai ke..)
PUNCA2 HATI TAK TENANG
a)      Terlalu membesar-besarkn keaiban diri dgn dunia – cthnye: Allah dh bg nikmat sihat tubuh badan tapi blh pulak merungut bile ada seketul dua mkcik2 jerawat yg tumbuh di muka..
 
b)      Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..) 



c)       Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..) 
d)      Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..) 
e)      Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

f)       Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah,dlm semak ada duri,ayam kuning buat sarang,org tamak selalu rugi,cam anjing ngan bayang-bayang

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. **


g)      Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

h)       Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut



i)        Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada (harta,ilmu amal dll) lebih2 lg klu rse diri bagOs sgt..
Mka nye..obat bg simptom2 penyakit ini hnyalah 1...berTAUBAT lah...
“dgn mengingati Allah, hati akan menjadi lebih tenang”..
Xcaye try la...

~ Mentera BeraDu ~

Masih belum sempurna..

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau terus mati jika belok maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna


~ Kata Nama ~


DEFINISI KATA NAMA
Kata Nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama dan lazimnya menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep
Kata Nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu :
  1. Kata Nama Khas
  2. Kata Nama Am
  3. Kata Ganti Nama
a. KATA NAMA KHAS
Mendukung kepada makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, pangkat dan sebagainya. Kata nama ini terdiri daripada:

i. Kata Nama Khas Hidup -  terdiri daripada perkataan yang merujuk manusia dan bukan manusia
ii. Kata Nama Khas Bukan Hidup - terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang khusus 
                                                        tetapi tidak hidup.

b. KATA NAMA AM

Terdiri daripada kata nama am:
i.Hidup           - manusia
                      - bukan manusia
ii.Tak Hidup   - terdiri daripada perkataan yang merujuk institusi bersifat tidak hidup dan dikenalpasti  
                        melalui perkataan 'daripada' dan 'kepada'.

c. KATA GANTI NAMA

Merupakan perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Dibahagikan kepada dua golongan kecil iaitu:
i. Kata Ganti Nama Tunjuk             - perkataan yang menjadi pengganti perkataan kata nam dan 
                                                          pendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang 
                                                          ditunjuk.(ini, itu, sana, situ).

ii. Kata Ganti Nama Diri               - terdiri daripada 2 golongan iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata 
                                                       ganti nama diri orang.



Orang Muda vs Remaja

Assalamualaikum...
Hari nie walaupun sibuk menyiapkan tugasan..aku masih lagi berkesempatan menge'post' cerita2 yang aku teringin nak post dalam blog ni..

Geli urat perut aku bila habis baca berita arinie...

Had gadis bawah 18 tahun Oleh Azman Zakaria, Nazura Ngah dan Sukhairi Abd Thani
bhnews@bharian.com.my
2010/10/12

Dilarang kerja di hotel, bar, restoran, kelab

KUALA LUMPUR: Remaja perempuan berusia bawah 18 tahun tidak lagi dibenarkan bekerja di hotel, bar, restoran, rumah penginapan atau kelab kecuali dimiliki keluarga sendiri apabila pindaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam, dikuatkuasakan.
Pindaan akta itu bertujuan memastikan mereka tidak dieksploitasi sehingga mengganggu pendidikan, kesihatan dan keselamatan.
Mengikut pindaan itu, jika perniagaan atau perusahaan itu tidak diuruskan keluarga atau penjaga, mereka perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terlebih dulu.

Bagaimanapun remaja yang juga diklasifikasikan sebagai orang muda itu dibenarkan melakukan pekerjaan ringan yang sesuai seperti pembantu kedai, juruwang, bekerja di pejabat, kilang dan pembantu rumah.

Pada masa ini, akta itu berfungsi mengawal dan menetapkan syarat penggajian kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dan orang muda di bawah usia 16 tahun, tetapi selepas dipinda, akta menetapkan syarat penggajian kanak-kanak ialah mereka yang berusia 15 tahun dan orang muda berusia 18 tahun.
Selain itu, kanak-kanak di bawah usia 15 tahun dan orang muda tidak dibenarkan melakukan kerja yang membahayakan nyawa, kesihatan dan moral seperti bekerja di bawah tanah (perlombongan) dan perusahaan yang bertentangan dengan Akta Kilang Jentera 1967 dan Akta Bekalan Elektrik 1990 seperti mengendalikan mesin dan alatan elektrik.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramanian ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan berkata, hukuman penjara terhadap pesalah dinaikkan daripada enam bulan kepada setahun dan dendanya pula daripada RM2,000 kepada RM5,000 bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hukuman penjara dinaikkan daripada dua tahun kepada tiga tahun dan denda dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM10,000.

Subramaniam berkata, akta itu menggariskan kanak-kanak dan orang muda dalam lingkungan usia berkenaan hanya boleh bekerja dalam jenis pekerjaan yang sesuai dengan umur mereka dan dalam perusahaan tertentu saja.

Katanya, akta itu berkuat kuasa di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala bagi Sabah dan Sarawak, penggajian kanak-kanak dan orang muda ditadbir oleh Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

“Bagi kanak-kanak, mereka dibenarkan melakukan pekerjaan ringan bersesuaian dengan kapasiti mereka dalam perniagaan keluarga, manakala untuk kanak-kanak yang ingin bekerja dalam sektor hiburan awam, kelulusan Ketua Pengarah JTK mesti diperoleh terlebih dulu. Bagi orang muda, mereka dibenarkan melakukan pekerjaan ringan yang sesuai seperti pembantu kedai, juruwang, bekerja di pejabat, kilang dan pembantu rumah,” katanya.

Subramaniam berkata, pindaan akta itu bertujuan menyelaras prinsip yang diperuntukkan mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan memantapkan penguatkuasaan undang-undang.

Katanya, pada masa ini seramai 47,000 kanak-kanak dan orang muda bekerja dengan keluarga masing-masing.

Bagaimanapun kementerian menghadapi masalah mengambil tindakan terhadap majikan yang melakukan kesalahan disebabkan kekurangan aduan.

FAKTA NOMBOR
47,000 orang - kanak-kanak dan orang muda bekerja dengan keluarga


*bukan isi yg aku gelikn tapi..orang muda berumur lingkungan 18 tahun...hehehehe...ape maksudnye tu???
kalau menurut pencarian aku, dalam kamus dewan bgtau orang muda tu adlh orang yg masih muda..tapi...
mcm mane plak dgn istilah remaja???
kanak2 berumo 15 dan orang muda berumo 18 thn..dahtu remaja berumo brape thn????
konpius2 aku...
nmpaknye ade sdkit kekliruan disini @ aku yg keliru..tapi ape pun kpd pejuang bahasa jiwa bangsa..pastikan anda memilih perkataan yg sesuai...
p/s: jadi yang berumo lbih 18thn dipanggil orang t** la...kesian....

* We are so SpeCiaL *

Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa.
Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,  “We are so special!“.

 


   Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.

“Aku bodoh, mereka pandai…aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat”

   Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka, menyedari bahawa we are so special adalah jalan menuju syukur.

Firman Allah:
 
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin:4)

 

   Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya.

Firman Allah:
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (At-Tiin:5)


   Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yang dikehendaki Allah.
Firman-Nya:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali Imran:139)


   Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa “we are so special!“.
Oleh:Zulyunus
Editor: Nor Adrenaline
Second Editor: Noura Hamcho

~ Journey in LifE ~

Kehidupan ibarat satu perjalanan
dari suatu tempat ke suatu tempat .


Kehidupan juga ibarat pelayaran...
dari satu perhentian ke satu perhentian.


Di setiap perhentian akan ada sesuatu yang akan dibawa pulang..
Itulah kenangan...
Disetiap tempat pasti akan ada sesuatu yang tinggal...
Itu juga kenangan...

Berlayar..dan terus berlayar...
Mengharung ombak ujian dunia..
Masih terus berlayar...
Hingga sampai tempat untuk berteduh...
Tempat perteduhan yang indah..sangat indah..




Namun suatu hari tempat itu akan ditinggalkan jua..
Kerna tempat itu bukan hala tujuanku...
Tempat itu hanya sebuah persinggahan...
Tempat meraih kenangan..
Tempat mengisi balang pengalaman...
Tempat menabur hati dan budi...
Tempat menjejak teman sejati...

Dan...

Setelah itu semua dilalui..
Pelayaran harus diteruskan...
Berlayar..dan terus berlayar..


*p/s: sekadar mengingati pelayaranku di UPSI yang bakal berakhir...

Tuesday, October 12, 2010

*Bentuk-bentuk Perenggan*

Karangan yang menarik memerlukan penyusunan isi karangan mengikut perenggan-perenggan tertentu. Pada asasnya, setiap perenggan memiliki satu kesatuan isi utama dan kesemua isi atau idea utama ini hendaklah mempunyai perkaitan dengan tajuk karangan tersebut agar pembaca dapat memahami, selain itu ia juga dapat memperlihatkan karangan tersebut sebagai satu komposisi yang tersusun (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz 1997). Kata ‘pemerengganan’ berasal daripada kata dasar ‘perenggan’. Perenggan ditakrifkan dalam Kamus Dewan(2005) sebagai bahagian daripada muka atau bab dalam buku, rencana yang terdiri daripada beberapa baris. Menurut Jo Ray McCuen dan Anthony Winkler (2006) pula, perenggan berasal daripada perkataan Latin, iaitu paragraphus yang bermaksud suatu lambang yang menandakan pembentukan bahagian baharu. Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor (2007) berpendapat bahawa perenggan mempunyai dua peranan, iaitu peranan secara logik dan peranan secara visual.
Berdasarkan pembahagian peranan perenggan yang utarakan oleh Sulaiman Masri dan Ahmad Khair, perenggan yang berperanan secara logik adalah perenggan yang membantu pembaca mengikuti hujahan iaitu dengan menunjukkan pergerakan satu isi kepada satu isi yang lain dalam karangan tersebut. Bagi perenggan yang berperanan secara visual pula, perenggan ini memisahkan keseluruhan teks dan muka surat yang memberi tarikan kepada pembaca. Perenggan yang mempunyai bilangan yang banyak menyebabkan pembaca melangkau lebih banyak muka surat, manakala bagi bilangan perenggan yang sangat sedikit akan menyusahkan pembaca. Penyusunan perenggan yang betul dari segi visual dapat ditentukan oleh saiz muka surat, saiz huruf, ruang antara teks, tajuk, jadual, ilustrasi dan kapsyen. Secara umumnya, pemerengganan penting dalam menyampaikan idea-idea yang konkrit dan tersusun. Idea atau isi yang disampaikan oleh pengarang dapat disampaikan dengan lebih jelas dan terperinci serta secara langsung memudahkan pembaca mengikuti idea-idea penulis dengan lebih licin (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz 1997).
Namun, tidak semua perenggan memerlukan ayat topik atau ayat tesis yang konkrit. Hal in demikian kerana, ada sesetengah karangan yang kreatif yang tidak mempunyai ayat topik namun berdasarkan penerangan yang bernas dan logik maka secara tidak langsung ayat topik telah berada dalam perenggan tersebut (Ruth Baygell 2003).
Secara amnya, sesebuah karangan memerlukan kira-kira lima isi utama. Oleh itu, perlu ada lima perenggan untuk setiap isi utama ini. Namun, karangan yang mempunyai kurang daripada lima isi utama juga boleh diterima kerana dalam karangan tidak mewajibkan sebarang bilangan had isi utama. Setiap perenggan ini merupakan unit-unit wacana yang saling berhubung dan seterusnya membentuk sebuah karangan (Awang Sariyan 2004). Namun, tiap-tiap satunya tidak harus  dihurai dengan terlalu panjang berbanding dengan perenggan-perenggan yang lain. Setiap perenggan yang dibina perlu berada dalam keadaan seimbang antara satu sama lain. Maka, bagi membentuk pemerenggan yang seimbang dan baik, ia memerlukan ciri-ciri kesatuan, pertautan dan penekanan. Ciri kesatuan bererti bahawa sesebuah perenggan yang dihasilkan hendaklah sedapat-dapatnya menjurus kepada satu hal atau idea sahaja. Pencampuran idea dalam satu perenggan akan membuatkan pembaca hilang fokus tentang idea yang ingin disampaikan (Awang Sariyan 2004). Apabila setiap perenggan menjurus kepada isi-isi utama yang digambarkan dan membina pertautan ayat antara perenggan maka terhasilah sebuah karangan yang utuh.
 Bagi ciri pertautan pula ialah pertalian antara isi yang dikemukakan dengan judul dan pertalian antara ayat. Selain itu, pengolahan karangan juga melibatkan kepelbagaian bentuk dalam menyusun isi, huraian dan contoh yang terdapat dalam setiap perenggan. Menurut Mohd Azhar Abd. Hamid et al. (2001), dalam pembentukan perenggan, kedudukan ayat topik yang berlainan akan menghasilkan bentuk-bentuk perenggan iaitu bentuk deduktif, induktif, deduktif- induktif, dan dampingan. Bentuk-bentuk perenggan inilah yang menjadi punca penghubung antara perenggan.
Manakala menurut Drs. Andi Baso Mappatoto (1992), penulisan karangan ibarat menyusun bata bagi membina tembok. Pelbagai bentuk dan teknik dapat digunakan untuk menyusun bata-bata tersebut, sama seperti menyusun perenggan untuk membentuk karangan. Antara pola atau bentuk yang boleh digunakan dalam menghurai sesuatu isi utama ialah pola tematik, spiral dan blok. Pola tematik dibentuk dengan memberi penegasan kepada isi utama, sama seperti perenggan bentuk deduktif. Bagi pola spiral pula, pola yang memberi penegasan isi utama diakhir perenggan dan pola ini sama dengan perenggan berbentuk induktif. Seterusnya, pola blok pula sama dengan perenggan berbentuk deduktif-induktif kerana binaannya memberi penegasan kepada isi utama di awal dan di akhir perenggan.
Bagi perenggan yang dibentuk dari jenis deduktif, ia melibatkan penyusunan isi utama, huraian dan contoh yang berbentuk segi tiga iaitu dimulai dengan isi utama, huraian serta contoh yang berkaitan. Menurut Abu Hassan Abdul dan Nik Hassan basri Nik Ab. Kadir (2009), perenggan deduktif digunakan dalam membina perenggan karangan jenis analisis. Hal ini demikian kerana, struktur perenggan deduktif dimulai dengan idea umum dan seterusnya diikuti dengan idea-idea khusus serta seterusnya diakhiri dengan idea umum. Idea umum dinyatakan semula sebagai kesimpulan umum pada bahagian akhir perenggan bagi membuktikan kebenaran kenyataan dalam ayat pertama.  Berikut merupakan petikan perenggan berbentuk deduktif:
Martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan harus dikembalikan. Bahasa Melayu telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengana amat baik dan berkesan sehingga dapat mewujudkan persefahaman di kalangan penduduk pelbagai etnik di negara ini. Faktor ini tidak harus dilupakan kerana dengan adanya perpaduan inilah maka negara kita dapat dibangunkan dan dimajukan seperti yang ada sekarang.
(Mazlan A. Aziz, Pemertabatkan Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Tinggi Swasta, dalam Jurnal Dewan Bahasa 1999)

Perenggan jenis induktif dibina bermula dengan huraian, contoh dan isi utama. Menurut Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd. Nor (2004), perenggan induktif dimulai dengan pengembangan, iaitu dimulakan dengan huraian, diikuti bukti atau contoh dan diakhiri dengan isi utama. Istilah induktif itu sendiri dari sudut bidang falsafah menunjukkan kaedah penghuraian sesuatu konsep atau teori dengan terlebih dahulu mengemukakan perincian dan ditutup dengan prinsip atau rumusan (Awang Sariyan 2004). Maka atas pengertian itulah perenggan ini dibina. Berikut adalah petikan  yang menunjukkan perenggan bentuk induktif:
Selainskizofenia, psikosis, kemurungan, fobia, kumpulan campuran – penagih dadah, ketagih minuman beralkohol, gangguan tingkah laku seks, gangguan kanak-kanak, gangguan mengawal perasaan, kecelaruan personaliti, gangguan tabiat pemakanan, dan masalah identiti merupakan penyakit mental yang berbahaya tetapi tidak seserius pesakit skizofrenia yang berpontesi besar mengancam nyawa orang lain.
(Aminah Janang, Jenayah Pesakit Mental, dalam Dewan Masyarakat, Mac 2008)

Dari sumber yang sama turut menyatakan bahawa, bagi perenggan deduktif-induktif pula ialah satu perenggan yang telah bergabung oleh dua jenis bentuk perenggan iaitu perenggan deduktif dan perenggan induktif. Menurut Jo Ray McCuen dan Anthony C. Winkler (2006) pula, perenggan deduktif- induktif  mempunyai bentuk seperti ‘sandwich’ iaitu dimulakan dengan isi utama, seterusnya huraian dan akhirnya adalah penegasan terhadap isi utama. Dalam perenggan ini terdapat dua ayat isi yang ditulis diawal perenggan, kemudian ditulis semula dalam pengembangan isi berkenaan. Perenggan berbentuk deduktif-induktif ini dikatakan lebih canggih dan berkesan. Hal ini demikian kerana dengan mengemukakan isi utama di awal dan di hujung perenggan, maka pembaca mudah mengingat dan menangkapi isi yang hendak disampaikan oleh penulis. Perenggan berbentuk gabungan deduktif- induktif seperti berikut:
Perangkaan menunjukkan bahawa bahawa di kalangan kanak berumur bawah 18 tahun, bilangan kanak – kanak dalam kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun adalah yang paling tinggi mengalami lebih berat badan. Masalah pemakanan, sama ada kekurangan zat makanan atau berlebihan zat makanan, ia lebih banyak berlaku dalam kumpulan umur ini. Manakala tabiat makan tidak sihat di kalangan mereka semakin membimbangkan. Perangkaan ini menunjukkan trend yang amat membimbangkan.
(Garam Berlebihan Bawa Penyakit, dalam Mingguan Malaysia, Mei 2010:3)

Seterusnya perenggan berbentuk dampingan, perenggan ini terbentuk apabila ayat topik berada di tengah-tengah perenggan dan permulaan serta akhir perenggan disokong  dengan huraian dan contoh (Mohd. Azhar Abd. Hamid et.al. 2001). Berikut adalah contoh petikan yang mempunyai perenggan berbentuk dampingan:
Jangan malu bercakap dalam bahasa Inggeris biarpun penggunaan ayatnya tidak betul atatu bertutur dalam bahasa ‘rojak’. Tingkatkan keyakinan diri untuk bercakap dengan orang yang mahir dalam bahasa tersebut. Secara tidak langsung, anda boleh belajar daripada rakan yang mahir cara bertutur dengan betul. Anggap teguran tersebut sebagai penguat semangat untuk anda perbaiki.
(Fateh Saphilla Mohamed Isa, Tip Mahir Bahasa Inggeris, dalam Kosmo Februari 2010)

Walaupun terdapat ketidaksamaan dalam bilangan jenis atau bentuk perenggan yang diutarakan, namun bentuk-bentuk ini dalam lingkungan yang sama dan penulis juga bebas untuk memilih mana-mana bentuk perenggan yang ingin dibina berdasarkan kesesuaian isi yang ingin dihuraikan. Bahkan bentuk-bentuk perenggan ini juga boleh bergabung dalam satu karangan dan seterusnya kepelbagaian bentuk perenggan dapat membantu kepada menghidupkan lagi karangan tersebut.
Rujukan
Jo Ray McCuen & Anthony C. Winkler (2006), From Idea To Essay: A Rhetoric, Reader &          Handbook (Elevent Edition), US: Perason Edu. Inc.

Mohd. Azhar Abd. Hamid et.al. (2001), Pengenalan Kepada Penulisan Ilmiah, Skudai:    Universiti Teknologi Malaysia.
Awang Sariyan (2004), Tertib Mengarang: Asas Retorik Untuk Pelajar dan Pendidik,                    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...