Followers

Saturday, November 27, 2010

~ Shut Up! ~

sume orang kata aku pendiam..
kawan kata aku pendiam..
roomate aku kata aku pendiam..
kakak bilik sebelah pun kata aku pendiam...
aku memang pendiam...(tapi bukan bisu ekk!)

last2 aku cari la entry yang pasal pendiam..then aku terjumpa forum bincang tentang pendiam...
selalunya orang pendiam is orang yang suka berfikir...kurang bercakap...
mereka juga lebih gemar mengekspresikan perasaan mereka melalui tulisan...
orang pendiam ini juga lebih cenderung mendengar masalah orang lain...(lebih kurang mcm kaunselor la..)
http://matcuoi.com
tapi yang xbest nye..orang pendiam ni sering diketepikan sebab suke diam..(mcm aku..)
  http://matcuoi.com


but...
the best thing tentang orang pendiam ini is..


*Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama
baginya". ( RW ABU NAIM )

*Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka
hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )

*Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

..banyak hadis yg cakap pasal Diam kn??~ "jd xperlu lah risau tentang Diam ni.. Sifat Diam ni adalah anugerah dri Ilahi. Bukan semua org ada kelebihan ni."


BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP
TIDAK SEMESTINYA CERDIK, kerana KECERDIKAN ITU BUAH
FIKIRAN, org CERDIK yang PENDIAM LEBIH BAIK DR org BODOH
yang BANYAK CAKAP.(kata2 Hukama')

As conclusion~ Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah
perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan
bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


so...sekarang bergumbira la orang2 yang digelar pendiam...(termasuk aku..)
http://matcuoi.com
yeeeehah!
moral of the story is...shut up!

Friday, November 26, 2010

~ tHe beSt of teMPe ~

Setelah pelbagai usaha aku lakukan untuk meluangkan masaku bersamamu wahai 'belogku'..
hari nie, setelah aku berusaha sehabis daya..menyiapkan sume keja...membiarkan si pengganggu ternganga2..
yeah!..dapat jugak aku bersamamu...
jari jemari nie rasa macam dah terlalu gian nak menaip...otak seolah-olah menggeletek minta digaru..dan bila aku mula menaip...nah.!!...tajuk kali nie..the best of tempe!...

wahhhh...tempe??...
sape itu tempe?...
ape itu tempe??...
tempe...
bukan la sape2...dan tiada kaitan dengan 'pak mat tempe' yang eksiden dalam cite bujang lapok tue..
tempe ialah sejenis makanan...
terkenal dalam kalangan masyarakat jowo...
kalu tak caye cuba tanya kawan2 yang ade darah jowo..sure mereka kenal si tempe nih...

sedap woooo....
lagi2 kalu masak sambal tempe..
fuhh! mantop!.(kata ust.Zamri)...

http://matcuoi.com

sambil2 makan tempe...yok kte kenal lebih dekat sket pe yang bestnye si tempe nih....

Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.

Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin
B12, niasin, dan asam pantorenat. Hasil daripada analisis,izi tempe menunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.

Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis, yang malas makan, kerana takut gemuk, sehingga menyebabkan penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh menurun.

Di dalam tempe juga terdapat suatu zat antioksidan dalam bentuk isofalvon. Seperti vitamin C, E dan karotenoid, isoflavon merupakan antioksidan yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Serikat, penemuan bahwa genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging).
Oleh itu, cara terbaik untuk mengoptimakan khasiat tempe bagi tubuh kita adalah dengan mengambilnya setiap hari dalam pemakanan harian sewajarnya.

Bagi mengelakkan kebosanan, pengambilan dalam pelbagai jenis masakan tempe
adalah perlu.

Seperti di Malaysia, kita masih punya banyak pilihan masakan berasaskan tempe seperti lontong, sambal goreng, masak lemak,dan sebagainya. Walaubagaimanapun bagi mengelakkan zat-zat yang bermanfaat itu
tak banyak terbuang dalam proses pemasakan, tempe sebaiknya dimasak dengan menu seperti sup, berkuah (berempah), atau rebus.

Cara tersebut lebih efektif untuk khasiatnya, berbanding digoreng.

Di senaraikan 10 Khasiat Tempe buat panduan kawan2 sekalian;

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.- nak
    elak keracunan makanan

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan
    tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas,
    baik bagi penderita jantung. - yang sakit jantung pun bagus

4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana
    kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin
    B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe

*untuk wanita atau model2 yang takut gemuk dua penyakit yang bayak dialami para wanita, kerana tubuh wanita yang mengalami haid, hamil serta menyusukan bayi. Penyakit anemia ini dapat menyerang wanita

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan
    oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe
    bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat makan oat.

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi)
    beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif. - menyeimbangkan 
    pengambilan gizi seharian.

9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.- haaa, x yah beli susu anlene
     yang mahal tu, makan tempe dah memadai.

Jadi, timbang2 kan pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apepun
apa sahaja yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak
pula berlebihan. Nanti lain yang dikurang, lain pula yang bertambah.......

credit to ruangan forum halaqah.net

sape2 yang tak kenal tempe..inilah si tempe tu yea..sedap tau!!!!..nyum..nyum..

Friday, November 12, 2010

~ Hebat Sangat kEr? ~

Tiba2 saja jumpa artikel ini dan secara tak semena2 nak gak letak dalam blog sndiri
tapi aku bukan ciplak yea...dh mntak kebenaran lagik.
but, maaflah kpd yang terbaca artikel ni (mintak maap dlu heh!) kalu gmbarnya agak
tragis sket..
bukan apa...
tajuk pun dah macam yang di atas jadi gambar ni sbg gmbaran jer..
tak ada kene mengena dengan orang yang telah mati..
(^_^)
 
Hebat sangatkah cinta,

Atau cuma hawa nafsu semata,

Jika tiada calon, ramai yang bertanya ,

Mengapa tidak dicari katanya,



Hebat sangatkah cinta,

Jika cuma sesama manusia,

Apatah lagi berlainan jantina,

Hingga agama diletak belakangnya,



Hebat sangatkah cinta,

Jika statusku single mereka hairan bertanya,

Sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya,

Jika ramai tak buat dipandang biasa,



Hebat sangatkah cinta,

Menghayati rasa yang terkandung didada,

Terlahirnya sajak ,puitis nya cinta,

Lautan api sanggup diredahnya,



Hebat sangatkah cinta,

Hingga semua nak diserahkannya,

Katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa,

Sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja,



Hebat sangatkah cinta,

Kononnya dihati tulus setia,

Membukti cinta tanpa diduga,

Akhirnya tubuh menjadi mangsa



Hebat sangatkan cinta,

" Saya suka awak kerana agama"

Kalau begitu mengapa mendekati zina,

Jika benar agama ukurannya,



Hebat sangatkah cinta,

Mampu membuat diri tersenyum manja,

Khayalnya meneguk madu cinta,

Sedangkan yang diteguk racun berbisa,



Hebat sangat kah cinta,

Sehingga mata yang celik dikata buta,

Dosa pun dia kata"tak pa",

Janji kau aku yang punya



Hebat sangatkah cinta ,

Jawpannya ya,

Jika mencari cinta yang Esa,

Bahagianya kekal untuk selamanya
 
 
 
Oleh : annabadi

~ Sg. Gabai yG Sedang Melambai ~

Pertama kali aku ke Kajang walaupun telah bertahun lamanya akau berlegar2  di sekitar Selangor.
Aku telah dibawa oleh 'mysis' ke sebuah tempat yang sangat..
errmmmmmmm.....cantik bangat!!!

Nama tempat itu


opss!!!
Bukan signboard yang di atas, tapi yang tertulis...Sg. Gabai Waterfall...
Pernah dengar?..aku pun tak pernah...
Tapi tempat ini memang ada dan memang cantik.
Kalau mahu tahu letaknya di mana cuba tanya en.google..
tapi aku sempat juga snap
 
beberapa panorama indah di sungai (sungai ke?) ni sebelum aku mengecapi kesejukkan airnya...





 Itu sahaja gambar yang sempat aku snap, sebab hati ini bagaikan tak sabar dan  meronta2 nak terjun ke dalam air ..
Lastly, kami pulang agak lewat sikit sebab orang dan semakin menggila ramainya..dan air pun macam nak keruh jer..
but, truely tempat ni memang best!
 Bye2 Sg. Gabai...

~Nilai Budi si Ayah ~


Ayah dan ibu adalah anugerah yang tak ternilai kepada sesiapa saja di dunia ini..
Siapa itu ayah?
Siapa itu ibu?
Andai ditanya pada orang gila, pasti mereka juga tahu siapa dua manusia mulia ini..
Hadiah dari Allah kepada kita, dan amanat penting yang perlu kita jaga..

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Nah...inilah bukti bahawa ayah dan ibu adalah bahagian terpenting dalam hidup kita.
Namun, manusia itu mudah lupa. Lebih2 lagi pada orang yang banyak berkorban untuk mereka.
Lupa mana satu kasih ayah, mana satu sayang ibu..
Mungkin ini adalah salah satu balasan atas kasih sayang ayah dan ibu:


Dikurung dua anak
Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2010/10/24
TIONG Peng dikurung sejak tiga bulan lalu di garaj rumah sewa di Taman Intan, Alor Setar.

Jangan sekadar renung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...