Followers

Wednesday, May 25, 2011

** life is like a cup of coffee **


Sekadar berkongsi cerita bermakna..jom baca!!!

Ada sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul untuk melawat seorang professor tua yang pernah menjadi pensyarah mereka. Antara mereka, ada yang bergelar doktor, ada yang bergelar jurutera, ada yang menjadi usahawan, dan pelbagai cabang pekerjaan professional yang lain. Mereka beramah-mesra sambil mengenang kembali peristiwa-peristiwa lampau semasa mereka masih lagi bergelar siswa dan siswi. Kemudian borak-borak kosong itu bertukar menjadi sesi luahan perasan. Mereka mula mengadu kepada professor itu mengenai tekanan tempat kerja, desakan hidup, dan pelbagai lagi masalah yang mereka hadapi.



Professor tua itu meminta diri ke dapur untuk membuat kopi panas untuk mereka. Beberapa minit kemudian, beliau datang semula dengan membawa beberapa cawan kopi yang diperbuat dari pelbagai bahan. Ada cawan tembaga, kaca, kristal, tembikar, cawan plastik dan juga cawan kertas. Bekas pensyarah itu mempelawa mereka untuk minum.


Setelah semua mereka mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata "Jika kamu perhatikan, setiap dari kamu mengambil cawan kopi yang bagus-bagus dan mahal sahaja. Manakala cawan yang tidak menarik dan murah, kamu abaikan". Kemudian beliau menyambung "Sememangnya normal untuk kamu memilih hanya yang terbaik, namun kadang-kala itu yang menjadi punca masalah kamu semua!".

"Cawan-cawan itu tidak menambah atau mengurangkan kualiti kopi. Yang kamu mahukan adalah kopi, namun yang kamu kejarkan adalah cawan-cawan yang cantik dan mahal. Malah kamu banding-bandingkan pula cawan kamu dengan cawan rakan-rakan yang lain." tambah sang professor lagi.


"Fahamilah, KEHIDUPAN ini ibarat KOPI, manakala DUIT, PANGKAT, dan STATUS dalam masyarakat adalah umpama CAWAN. Itu semua adalah 'alat' untuk mengisi dan menakung KEHIDUPAN. Jenis 'alatan' yang kita gunakan tidak mengurangkan walau sedikit pun kualiti KEHIDUPAN yang kita tempuhi." jelas beliau dengan tegas.


Kadangkala kita asyik menumpukan pada cawan sehingga tidak dapat menikmati kelazatan kopi. Nikmatilah kopi itu, bukannya cawan. Orang yang bahagia bukan orang yang mendapat YANG TERBAIK dalam SEGALA-GALANYA, tetapi orang yang menjadikan SEGALA-GALANYA dalam hidup mereka suatu YANG TERBAIK.

* adakalanya luaran bukanlah apa2 walaupun 'itu' lah yang menjadi pilihan utama..

Friday, May 20, 2011

~ diari seorang CikGy (6) ~

...ding! dong!....

***************************************************************

salam rindu padamu wahai diari ku...
terasa bagai berkurun lamanya tidak menjengah diariku ini...
rindu bangat sama kamu...

tet!!

kesempitan masa mungkin mampu menjadi penghalang..namun jari ini masih mahu mengukir sesuatu untuk dikongsikan...

20 Mei 2011
...akhirnya, tiba juga tanggal ini..penutup dalam melakar memori sebagai "CikGy Praktikum"

tiba2 sahaja aku terasa masa berlalu begitu pantas..haaaissh! =,="
begitu laaaaaama aku menyepi diri..dan selama detik itulah pelbagai kenangan tercipta antara aku dengan mereka...

kisah pertama...16 Mei 2011

"SELAMAT HARI GURU!!!!"

sangat memoriable...inilah pertama kali aku menyambut hari guru sebagai guru...
yang menariknya...aku secara tiba2 tersentuh apbila terdengar sajak Usman Awang dideklamasikan...sob!..sob!
tersentuh sungguh..hampir2 hujan....
dan
kini barulah aku mengerti apakah itu.."the spirit be a teacher"..(betoi ke ayat aku niee..hantam jelaa)
setelah dengan penuh semangat aku mendendangan lagu Kami Guru Malaysia...
aaaaahhh!!...tak dapat digambarkan perasaan itu..
..kesimpulannya..jadi lah guru kalau mau tauu!!!..eheee

dan untuk sambutan yang julung2 kalinya ini..aku menerima beberapa buah hadiah dari mereka2 yang sweet..
(^_________^)


kisah kedua...18 Mei 2011

hari terakhir aku mengajar di kelas 3 Usaha...tetapi, untuk hari2 terahir ini, belajar itu bukanlah satu agenda utama...
hari terakhir...maka misi terakhir untuk gelakkan mereka2...huahahahaaa..
setiba aku di kelas...aku arahkan semua simpan buku dan bentuk kumpulan kecil
setiap kumpulan perlu ada sebatang pen..
hari ini aku mau mereka2 ini melukis...
kertas A4 siap diedar..dan...
lukisan pertama......'burung'!

hasilnya...seperti biasa, sememangnya tak serupa burung...
lebih menggelikan..ada juga yang...

budak 1: burung!
aku: ya...kenapa??
budak 1: ish! cikgu ni, suruhlah lukis gambar lain..
aku: burung..takkan tak pernah tengok?
budak 1: pernah..tapi.............itu hak asasi manusia..tak boleh didedahkan..
aku: hah??!!!
budak 1: tak payah la cikgu...(muka malu2)
aku: woooiiiit!!!...bukan burung itu, yang tu saya pun tak nak tengok..sejenis haiwan laaa..adeeehhh!!
(apalah nasib seorang guru..=,=")


boleh bayangkan???..
aku pun tak mengerti, punca2 mereka ni boleh tersesat sejauh itu..haaaaiish!

seterusnya...
lukis.....'gajah!'....hah!
part yang ini aku tersangat suka...
dapat melihat gajah2 mereka2 ini membuatkan aku berdekah tak tahu berapa kali...(^____^)v
hahahahaaaaa.....(maafkan saya wahai adik muridku...)

dan ativiti ini diteruskan dengan beberapa gambar lain dan akhirnya aku meminta mereka2 ini sampaikan laporan berdasarkan gambar yang dilukis....menarik!!!

kisah ketiga.....19 Mei 2011

nasi arab...pernah makan??
pertama kali dalam hidupku menjamah nasi arab...
apbila makan nasi arab..maka suasana pun ala2 arabian..cuma tiada si tukang gelek aja..(tak perlu kowt!)
ehsan dari guru PK sebagai tanda p'hargaan kepada kami si guru praktikum..
sayu + laaparr....
namun, lupakan seketika pada sayu- mayu itu..ayuh! dengan penuh emosi mengganyang ayam nan seekor ini yang dikongsi 5 orang...(itupun tak habisss..ish!)
aaahhhh....kenyang!..errk!!! (alhamdulillah..heh..)

kisah keempat...20 Mei 2011

lokasi: bilik muzik..
aku yang sedang menanda kertas periksa sambil menjaga mereka2 yang sedang peperiksaan..
tiba2..

budak 2: cikgu2..maaf..sy mengganggu..ada kecemasan cikgu,
minta cikgu ke kelas sekarang..tolong cikgu....
aku: kenapa ni??tak ada cikgu lain dalam kelas??..(cemas gilerr)
budak 2: tak ada cikgu..tolong datang sekarang!!
aku: baikla..beri sy masa 10 minit nak cari cikgu lain untuk ganti.
budak 2: tolong cikgu..cikgu datang cepat sikit yeaa...

aku..dengan kuasa kuda..(cehhh!) berlari mendapatkan tangga ke kelas 3 usaha...
sampai di sana....(dah boleh agak kan?!!!)

taarrraaaaaa!!!!!!!
untuk cikgu!!! (ramai2)
dan aku..dengan muka seperti melihat ayam berbogel..sangat2 terkejut!
mereka2 ini bikin sedikit jamuan dan meminta aku memotong kek...
aaaaahhh.....kau buatku terharu..sob!..sob!.. @_@

mereka sangat membuatku tersentuh..haaaiiih!!
sambil suap menyuap, kami adakan sesi bergambar...
sangat indah waktu itu...

*********************************************************

kenangan yang terlakar ini akan sentiasa tersimpan dalam memori ingatanku..
mereka..adalah pelajar pertama dalam hidupku..maka, mereka sangat bermakna buatku..
dan selepas ini...
tiada lagi diari seorang CikGy..kerna..
bermula dari detik ini aku akan melangkah terus kedunia ini sehingga nafas terhenti..
maka, pastinya terlalu banyak peristiwa yang takut tak tercerita nanti...

kepada mereka2 ini..
JUTAAN TERIMA KASIH buatmu...







nota gusi:
i. cerita tanpa ilustrasi bagai pelangi yang kurang berseri..namun apakan daya..
ii. masih terasa sayu lagi..lepas ni tiada lagi makan pagi..gelak2kan mereka lagi..=,="
iii. persinggahan yang masih panjang perlu diterusan....aja2 fighting!!


Wednesday, May 11, 2011

** friends filosophy **

...kata orang...
"kawan ibarat bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit"

..kata abah..
"kawan ibarat ibarat air, yang akan terus mengalir"

..kata mak..
"kawan ibarat bulan, dipuja dan disanjung namun nun jauh"

..kata abang..
"kawan ibarat durian, bau saje yang busuk tapi sedap di makan"

..kata kakak..
"kawan ibarat lembu, ikut saje apa yang dikata"

...kata adik..
"kawan ibarat biskut, kejap ade kejap tak ade"

...kata aku..
"kawan ibarat bola sepak, belum dapat dikejar sudah dapat ditendang"

...biar apapun tanggapan aku, kamu dan mereka tentang kawan, namun hidup ini takkan indah tanpa kawan. Bayangkan hidup tanpa kawan..jiran aku kata "boleh mati kutu!"..

Dan hidup in jugak bukan hanya untuk kawan..sampaikan makan tido pakaian dalam dia pun kawan nak jaga..agak-agak larh beb!! =,=

 kawan..oh! kawan..
jadilah kawan sebaik-baik kawan..
jangan pulak kau makan kawan..
sebab kawan akan makan kau pulak..

kawan..oh! kawan..
hati-hati mencari kawan..
hati-hati menjadi kawan..
takut-takut sebab kawan kau jadi sawan..
akhirnya kau duduk dalam wad tak berkawan..


(berkawan seperti 'mereka')


kepada kawan-kawan sekalian..orang-orang tua pernah berkata:
"kawan ketawa mudah dicari..kawan menangis susah ditemui"

dan

dari aku:
"bercinta biar seribu..berkawan biar satu"...heh!!

^_^V

Saturday, May 7, 2011



semperna hari ibu..
aku ingin perdengarkan sebuah lagu buat ibuku ..
juga buat semua ibu2..



EMAK!
kau segalanya buatku..
kau lah duniaku..
sejuta sayang buatmu..
mmmmuuuuuaaaahhxx!!!
(^_________^)

** Kisah Si Badut **

ada sebuah cerita dari seberang..
kisah seorang badut yang dalam penantian..
badut kesunyian..badut kesepian..badut yang sering ditinggal keseorangan..

         (mungkin itu nasib si badut)



kisah seorang badut dalam penantian..
menanti kekasih hati yang didamba dari seberang..
kerna disini hatinya sering dipatahkan..
maka..
berharap kekasih seberang mampu menyempurnakan..
kerna baginya..
bila jauh dimata maka akan dihati..

kisah seorang badut dalam penantian..
terus menanti kerna hanya itu yang mampu dilakukan..
menanti dengan pengharapan...



nota gusi:
i. masa untuk bertukar makeup..
ii. mencari watak baru

Sunday, May 1, 2011

** first dance **

OMGurrllzz..frankly i love this song!!
so sweet..ngeh..ngeh!


even i'm not one of addicted fans of JB
but
i like this song

anyone else want to give first dance wif me???
(^___~)

** Versus**

“Ed’Sassin of the Wrath”...


“...if you forget of what you were, you’d never be grateful of what you are..bersyukur dengan what you’re now, and nonetheless before..sometimes we forgot about it..”

“Ashraf Omar @ AO”...

*******************************************************************
Pelik??!!


Pening??!!

Pusing??!!

Ahh...siapa pemilik nama pelik diatas?..(terus berfikir)

Aku bukan sang pencerita yang baik untuk aku luahkan siapa pemilik nama2 diatas..namun, sekadar ingin berkongsi hasil karya tulisan tangan..ops!! bukan tulisan tangan tapi..ditaip..huhuuu...

Kredit to HLOVATE!!..(sila tepuk tangan)

Karya yang baik..even aku yang jarang2 sekali menjengah ke dunia novel..namun kali ini aku gumbira menelaah karyamu..walaupun sebenarnya masih banyak lagi tugas penting yang sedang menunggu..

Novel VERSUS..

Bukan sebarangan novel..kisah ‘manusia jalanan’ yang mengubah laluan hidup dengan pusingan arah 180 darjah...

Tak percaya??!!

Bacalah!..VersUs (macam iklan tv plak dah..heh!)


inilah muka bukunya..cooL kan??!! (^_~)V
 
 
nota gusi:
i. aktiviti cuti hari pekerja..
ii. menikmati hari rehat yang CUN!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...