Followers

Wednesday, May 25, 2011

** life is like a cup of coffee **


Sekadar berkongsi cerita bermakna..jom baca!!!

Ada sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul untuk melawat seorang professor tua yang pernah menjadi pensyarah mereka. Antara mereka, ada yang bergelar doktor, ada yang bergelar jurutera, ada yang menjadi usahawan, dan pelbagai cabang pekerjaan professional yang lain. Mereka beramah-mesra sambil mengenang kembali peristiwa-peristiwa lampau semasa mereka masih lagi bergelar siswa dan siswi. Kemudian borak-borak kosong itu bertukar menjadi sesi luahan perasan. Mereka mula mengadu kepada professor itu mengenai tekanan tempat kerja, desakan hidup, dan pelbagai lagi masalah yang mereka hadapi.



Professor tua itu meminta diri ke dapur untuk membuat kopi panas untuk mereka. Beberapa minit kemudian, beliau datang semula dengan membawa beberapa cawan kopi yang diperbuat dari pelbagai bahan. Ada cawan tembaga, kaca, kristal, tembikar, cawan plastik dan juga cawan kertas. Bekas pensyarah itu mempelawa mereka untuk minum.


Setelah semua mereka mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata "Jika kamu perhatikan, setiap dari kamu mengambil cawan kopi yang bagus-bagus dan mahal sahaja. Manakala cawan yang tidak menarik dan murah, kamu abaikan". Kemudian beliau menyambung "Sememangnya normal untuk kamu memilih hanya yang terbaik, namun kadang-kala itu yang menjadi punca masalah kamu semua!".

"Cawan-cawan itu tidak menambah atau mengurangkan kualiti kopi. Yang kamu mahukan adalah kopi, namun yang kamu kejarkan adalah cawan-cawan yang cantik dan mahal. Malah kamu banding-bandingkan pula cawan kamu dengan cawan rakan-rakan yang lain." tambah sang professor lagi.


"Fahamilah, KEHIDUPAN ini ibarat KOPI, manakala DUIT, PANGKAT, dan STATUS dalam masyarakat adalah umpama CAWAN. Itu semua adalah 'alat' untuk mengisi dan menakung KEHIDUPAN. Jenis 'alatan' yang kita gunakan tidak mengurangkan walau sedikit pun kualiti KEHIDUPAN yang kita tempuhi." jelas beliau dengan tegas.


Kadangkala kita asyik menumpukan pada cawan sehingga tidak dapat menikmati kelazatan kopi. Nikmatilah kopi itu, bukannya cawan. Orang yang bahagia bukan orang yang mendapat YANG TERBAIK dalam SEGALA-GALANYA, tetapi orang yang menjadikan SEGALA-GALANYA dalam hidup mereka suatu YANG TERBAIK.

* adakalanya luaran bukanlah apa2 walaupun 'itu' lah yang menjadi pilihan utama..

3 comments:

  1. blhkah klu mahu jd bukan manusia??

    ReplyDelete
  2. Mungkin saat syaitan merasuk jiwa @ mungkin ketika semuanya menutup mata..

    ReplyDelete

Kata Saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...