Followers

Friday, October 28, 2011

~ titik...titik..titik...~

sedang digores...tergores
sedang diguris...terguris
sedang diluka...terluka
sedang dibunuh....terbunuh

serik dengar kisah yang sama..
serik lihat aksi serupa..
serik menutur ayat tak bermakna...

tapi...

kisah itu yang aku dengar..
aksi itu yang aku lihat
ayat itu yang aku tuturkan...

bungkam

tiba2 mahu menjadi si bisu...
tiba2 mahu jadi si pekak...
tiba2 mahu jadi si hati batu...
tiba2 mahu jadi si pendendam...
tiba2 mahu jadi si pembunuh...

malah...mahu ku tukar menjadi si keji..supaya lebih mudah aku paku erti benci
malah...mahu ku tukar menjadi si gila..supaya lebih mudah aku kunyah erti setia

namun masih punya bayang2 suci yang menghalang..masih punya kuasa sakti yang memegang...

harap masih terus bertahan..walaupun jantung semakin mengecut, hati semakin berkedut dan badan semakin menyurut...



~ .... ~

hati mahu mencoret...
tangan mahu menaip...

malangnya...

otak belum berdiri betul....masih terumbang ambing belum tentu arah dituju...

+_________+

sedang menyusun

Tuesday, October 25, 2011

~ FACTS~

 LOVE
                IS          
                THE SLOWERS
                        FORM OF
                                             SUICIDE




Monday, October 17, 2011

~ secarik cerita ~

Benar kata-katanya....

"Biar hati ini menyanyi, membahasakan apa yang tidak mampu dibahasakan oleh lidah...."

Selalunya begitu,

Aku biarkan sahaja hatiku berlagu,

... Sedih, pilu,
Gembira, suka,

Aku tahu manusia tidak tahu apa-apa.
Aku tidak pernah hairan,

Mereka tidak pernah mampu menimbang air mataku,
Mereka tidak pernah mampu membilang harga senyumanku,

Hanya Yang Mampu Menghitung Titis Tangis aku sahaja yang mengerti,
Hanya Yang Mampu Menimbang Nilai Senyumku sahaja yang memahami,

Sedih, pilu,
Gembira, suka,
Hanya Dia yang mengertinya.

Aku tidak pernah henti merasa takjub
Dia dan hanya Dia,

Aku biarkan sahaja hatiku berlagu,
Selalunya begitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...