Followers

Monday, October 17, 2011

~ secarik cerita ~

Benar kata-katanya....

"Biar hati ini menyanyi, membahasakan apa yang tidak mampu dibahasakan oleh lidah...."

Selalunya begitu,

Aku biarkan sahaja hatiku berlagu,

... Sedih, pilu,
Gembira, suka,

Aku tahu manusia tidak tahu apa-apa.
Aku tidak pernah hairan,

Mereka tidak pernah mampu menimbang air mataku,
Mereka tidak pernah mampu membilang harga senyumanku,

Hanya Yang Mampu Menghitung Titis Tangis aku sahaja yang mengerti,
Hanya Yang Mampu Menimbang Nilai Senyumku sahaja yang memahami,

Sedih, pilu,
Gembira, suka,
Hanya Dia yang mengertinya.

Aku tidak pernah henti merasa takjub
Dia dan hanya Dia,

Aku biarkan sahaja hatiku berlagu,
Selalunya begitu.

No comments:

Post a Comment

Kata Saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...