hati mahu mencoret...
tangan mahu menaip...
malangnya...
otak belum berdiri betul....masih terumbang ambing belum tentu arah dituju...
+_________+
sedang menyusun
Followers
Showing posts with label # suka suki #. Show all posts
Showing posts with label # suka suki #. Show all posts
Friday, October 28, 2011
Monday, September 19, 2011
white OR black..???
assalamualaikum!!!!
(^________________^) ...mulakn hari anda dgn senyuman..(*sila senyum spt icon ini)
senyum seindah suria yg membawa chya..senyum la dr hati..duniamu berseri...
okey2..utk sesiapa yg ingt lirik seterusnya bole smbung menyanyi..tp bg yg kurang ingt lirik diatas sila terus membaca yg dibawah...heh!
org kata senyuman yg ikhlas dtg dr hati...
tak kira laa..org yg senyum tu warna ape...
okeylaaaa...sejujurnya b'ckap tentang warna..aku ajukn tajuk ini bila aku merasakan masih ramai yg berfikiran kolot...konservatif...
contoh:
dalam 1 kumpulan..terdiri 2 org wanita dan 5 org lelaki..seorang berkulit cerah..dan seorang lagi berkulit gelap..rasa2nya laa, wanita mna yg menjadi pilihan..(blh agak kn?)
contoh:
dalam sebuah majlis..2 orang yg berbeza lalu di 'red carpet'..ala2 grammy award laa..seorg cerah, seorg agak kurang cerah..mengikut firasat anda2..yg mna lebih diberi perhatian..(sndiri blh fikir..)
dah laaa..cukuplaa 2 cth..(xkn xfham2 lg kot..heheee)
diskriminasi yg tak lekang dek panas tak luput dek hujan kerna msih utuh diingatan..
mgkin jika dulu ia sekadar falsafah barat yg mahu bgsa kulit mreka disanjung..tapi kini..
falsafah kuno itu bgaikan 1 adat yg xptut ditentang...
putih itu cntik...
putih itu bersih...
putih itu bijak..
putih itu..dan putih ini...
tapi hitam??
hitam itu buruk..
hitam itu kotor..
hitam itu bodoh..
dan macam2 lg tohmahan pd hitam...
hey manusia!!..sudahkah kamu kaji wrna hatinya..adakah sama dgn warna kulitnya..
hey pengdiskriminasi!!..sudahkah kamu hitung berapa byk kebaikan si putih mulus itu berbanding si hitam ini...
kerna mulut santan binasa..kerna kulit manusia dibeza2..
***...okey cool!!...ini bukan lepas geram in da house tapi seberapa byk org yg t'lalu m'agungkan si putih mulus ini..bukan aku cemburu malah sedetik pun tidak..namun dalam dunia yg semkin modern..relek la derr..takkan warna kulit mau jd isu..cukup2laa minda kita dijajah dgn sogokan orang putih yang baik..jgn biarkan pemikiran itu yg meracuni otak generasi kini..cukup2laa penindasan yg diberi melalui dasar aparted..jgn di'aparted'kn juga manusia disini...
pernah dengar pantun nie..
hitam2 sitampuk manggis..walaupn hitam dipandang manis...
(cuba tukar kaler putih??..mesti xbest pantun ni kn!!)
(pilihan dalam hidup, hitam dan putih cuma..)
nota gusi:
i. suka pandang org yang manis..xkisah laa putih or sawo matang..
ii. aku bangga aku bukan putih!!..(hah!..statement brani..)

Sunday, July 31, 2011
**Kekeliruan vs Kecelaruan**
Antaranya :-
- Kenapa aku tak boleh menjawab kata mak walaupun sekadar menegakkn kebenaran?
- Kenapa aku tak boleh makan kaki dan tengkuk ayam?
- Kenapa aku tak boleh menyanyi di dapur?
- Kenapa aku tak boleh duduk atas bantal?
- Kenapa aku tak boleh main batu seremban dalam umah?
Ahh!!..banyak lagi kekeliruan yang bergelumang dalam kotak fikiran ku, walaupun ada persoalan yang terjawab tapi....TAK LOGIK!!
Itu kekeliruan aku...
Tapi kini timbul satu lagi kekeliruan TEERBARU....dan ia telah jadi topik muka depan HARIAN METRO..(tak percaya??? )
Cari sendiri di METRO ONLINE...(promosi sekejap ^__^)
‘Kecelaruan identiti’ / masalah khunsa..aku pun tak berapa faham tentang masalah ini kerna aku bukan dari golongan ini tapi perlu tahu..
Menurut wikipedia. Khunsa /hermafrodit adalah merujuk kepada organisma yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin iaitu jantan dan betina.
Bagi golongan ini, penentuan jantina ditentukan oleh keadaan biologi fizikal yang lebih dominan samada lelaki @ perempuan..jika lebih menjurus ke arah lelaki maka keadaannya adalah sama seperti lelaki yang lain dan perlu berkahwin dengan wanita, dan begitu sebaliknya..namun jika fizikal berbeda dari naluri...maka fizikal itu yang lebih diutamakan kerna naluri adakalanya hanyalah keinginan nafsu semata.
Dan isu ini pernah dibincangkan jadi untuk perbincangan langsung boleh terus ke sini
Islam itu mudah namun jangan ‘disalahmudahkan’
Nota gusi:
i. Masalah kekeliruan emosi lebih hebat dari Kecelaruan identiti ...
ii. Hidup terlalu banyak teka teki...fueeewwww!!
iii. Kini...remaja dan ideologi..lagi 1 teka teki...so jawab sendiri !!
~ 1 Ramadhan 1432H ~
Friday, June 3, 2011
** Ouch!!! **
..kepala terhantuk bucu meja..
sakit!
..namun, kenapa tiba2 hati yang mengalir darah?
..kenapa tiba2 akal yg keluh kesah?
bingung dengan hati..
bingung dengan akal..
apa dah jadi dengan hatiku?..akalku?
bila lagi mahu belajar mencari 'antibiotik' dari penyakit derita?
bila lagi mahu belajar mencari 'air penawar' dari igauan sengsara?
orang lain juga menderita..namun kepala mereka masih utuh walau disimbah kaca..
orang lain juga sengsara..namun hati dan akal mereka masih teguh walau dihiris gergaji berbisa..
sekadar terhantuk dibucu meja..
tiada bisa yang menerombos ke ruang darahmu..
tiada kaca yang menceracak ke segenap dagingmu..
sabar..sabar..sabar...
kata pujangga yang aku kutip di setiap jalan..
semua penyair mengungkapkannya
mungkin ada harga nya
mungkin tiada..
cuba
terus cuba
kalau masih belum bisa...
cari saja pungguk yang telah lama menduda kerna rembulannya..
kalau lupa caranya..
cari saja majnun yang telah lama menelan air mata kerna lailanya..
pasti kamu akan jumpa...
namun jika masih tidak bisa juga..
ayuh buka 'surat cinta' yang telah dikirim oleh Sang Pencipta...
didalamnya amu pasti jumpa 'segala-galanya' yang kamu rasa..
(kesakitan yang belum pulih sepenuhnya)
Sunday, April 24, 2011
** apa itu bahagia??**
[tepi tingkap]
angin sepoi2 sejuta bahasa..malangnya bahasa yang tak difahami..
lirih mata melihat sepasang uda dara beriringan sambil basah disimbah rintisan hujan..
masing2 mahu berteduhkan telapak tangan..
ahh...bahagia sambil tersenyum
[pondok bas]
menanti dalam kehangatan..bahang kemarahan sang mentari seperti mahu membakar..
yang dinanti tak sampai2 namun mata sudah memandang rambang..
saling mengelap keringat didahi...mungkin itu tanda sayang dalam hati..
mungkin itu yang dicemburukan oleh mentari..
ahh..bahagia sambil tersenyum lagi

adakalanya bahagia bukan bila kesenangan tiba..
walaupun dibasahi hujan..dipanah sinaran..
bahagia tetap ada...
mungkin mata tak mampu meneka..
tapi hati yang bisa merasa...
*sepasang kekasih tak pernah berjumpa..
namun bisa merasa bahagia walau hanya mendengar suara
*seorang isteri kejauhan suami..
masih bisa merasa bahagia walau hanya berutus tinta
*sekeping hati yang sering sunyi..
masih bisa merasa bahagia walau bahagia itu bukan miliknya
dalam karung:
*deePLy in my tRuE heArt*,
# suka suki #
Tuesday, April 12, 2011
** hot issue **
...arrrgghhh!!!..panas!..panas!..panas!!
cuaca globalisasi yang semakin meruncing..kepanasan iklim yang semakin membimbangkan..dan pelbagai lagi masalah bumi yang berkaitan dengan kepanasan @ dalam bahasa Inggerisnya.."global warming" masih tak dapat diatasi..adakah masalah ini dapat dibendung??
..apa yang sedang aku repekkan ini??....
(senyum)
mungkin setelah sekian lama tidak menaip..bila ketagihan dipenuhi maka..akan jadi begini...KEMEREPEKAN TERLAMPAU...
(^___^) senyum gedik
sebenarnya..aku kurang berminat untuk buat perbincangan awam tentang kepanasan iklim..tapi..entry kali ini lebih berfokus kepada "kepanasan globalisasi"....
bila aku meng'highligt' perkataan itu...maka kamu!!
wahai orang-orang kampung.....
pastinya bukan mengenai iklim...bukan ye anak-anak!!..hehee
tapi!!
mungkin ada kot kaitannya dengan cuaca panas terlampau...(mungkin!)
aku semakin mengarut!!..hah!
(huh!..mengeluh)
Moh yop n yongs...
sebenarnya aku mahu kongsikan kepada kalian tentang idola2 Malaya yang sangat "hot"..
mungkin bukan hanya dimata aku dan kalian tapi...mungkin juga didada-dada akhbar...
rasa-rasa kalian...antara yang tersenarai dibawah...
siapa yang paling 'HOT'??

# pilihan pertama
# pilihan kedua
# pilihan ketiga
# pilihan keempat
# pilihan kelima
pilihan ditangan anda.....
aku sekadar memberi pilihan...
mereka2 ini sangat "HOT" bukan??
nota gusi:
i. cadangan bernas dari rakan se'planet'ku yang mahu mereka2 ini digandingkan...(ting!)
ii. kelegaan terlampau...(fhewwww....)
iii. senyum seindah suria...
iv. sepanas manapun iklim dunia..tak terlawan panasnya lubang neraka..(^__^)V
Sunday, April 3, 2011
** splashh!!**
- sedang membayangkan diri ini dalam belaian air laut yang manja..-
ahhh~ segarnyaaa......
(splassh!!...haaah!)
nota gusi:
i. sedang kemaruk mahu mendiami dasar lautan.....(cuaca terik mendesak aku berkeinginan sebegini)
ii. (senyum)
Saturday, April 2, 2011
** kata-kata tanpa bahasa **
"berbaris..jangan memotong barisan!!!"..itu pesan seorang wanita didepanku bila melihat gelagat seorang lelaki mahu memotong barisannya...
bagus!!..aku suka tindakan itu...^_^b
pelayan: cik mahu makan atau bungkus??
wanita: aaaaa...saya mahu yg itu...(sambil menunding jari ke arah senarai makanan di dinding)
pelayan: makan disini??
wanita: ya..ya...
****
wanita: hey!!..u buat apa ha?i nak yg macam itu....(tunjuk ke arah gambar itu lagi)
pelayan: habis..ayam ni..mahu?
wanita: tak faham bahasa ke, i nak yang macam itu...(marah)
pelayan: ye..sy tau..tapi mahu makan atau bungkus...
wanita: aaaaaa....tu..yg macam itu...(tunjuk ke arah sekotak burger)
pelayan: burger?!!..ayam ni?
wanita: yang macam itu...
pelayan....grrrrrr....(geram)..u mahu bungkus ke?...
wanita: yeaah!
pelayan:...huh!
agak2nya..bagaimanalah keadaan aku yang dibelakangnya...(hah! rasa macam nak cekik je amoi depan nih bagi mati!!)..bengang sangat tapi belom capai tahap gila..dan makcik dibelakang aku jua begitu...
nampak macam pandai..tapi bahasa hampeh!!...aku pun tertanya2 dari planet manalah amoi ni sampai...
sesat...tiba2 je mendarat disini...menyosahkan betul!
fuhhhhh~...sabar....sabar.....
moral of the story nya...kenalilah, fahamilah dan fasihkan mulut2 kamu wahai rakyat Malaysia dengan bahasa Melayu..kerna tanpa bahasa, kata2 tiada bermakna..bikin serabut kehidupan orang aja...ngerti!..
Haraf maklum...
nota gusi:
i.situasi cerita diatas ketika di KFC bersama hiruk pikuk manusia yang sedang mengganas kelaparan...
ii. hari minggu yang asyik...setelah mengerah tenaga 6 hari tanpa gaji...(bunyi macam xikhlas jerrr...heh!)
iii. semalam dua ditemani mimpi yang serupa..apakah maknanya??? +_+"

(arrrrrrrrrrrrrrgghhhhhhh!!!!!)

Sunday, March 27, 2011
**kaki siapa??**
setiap hari kaki melangkah..
adakalanya kita tahu kemana ingin dibawa..
adakalanya kita sendiri tak pasti jalan mana harus dipilih..
nasihat kaki pada kaki..
jalan jangan hanya guna kaki..
tapi guna akal sekali..
nasihat kaki pada kaki..
jalan jangan hanya guna kaki..
dan jangan pula dengan emosi..
nasihat kaki pada kaki..
jalan jangan hanya guna kaki..
tapi bekalkan dengan keteguhan hati...
tapi..
kaki selalu lupa..
kaki selalu leka..
kaki selalu turut rasa..
akhirnya...
binasa...
siapa??
kaki yang melangkah..
bila tak jumpa jalan ke rumah..akhirnya terus melangkah..
walau sering tersalah langkah..tersisip duri, tapi masih terus melangkah..
hingga parah dan berdarah..
kaki siapa??
??
Thursday, March 24, 2011
** ...dan sebenarnya...**
bila hati aku sedang gila mendendangkan lagu ini..
************
***
p/s: mengapa lagu ini??..(terkebil2 smbil garu2 kepala........................................................lutut!)
dalam karung:
# sEnanDunG Hari niE #,
# suka suki #
Saturday, March 19, 2011
** trend dunia **
aku dimana??
dunia apakah ini??
semakin aneh lukisan ini...
tapi masih mahu berjalan..
jadi..
DIAM!!
diam dan pandang..
diam dan hayati...
diam dan berfikir...
diam dan nikmati...
"trend dunia"
ciptaan robot pemikir yang canggih..
mengoyak setiap inci ilusi yang dulunya mimpi..
dan kini..
bukan lagi fantasi..
atau delusi..
** aku si pemungut sampah **
aku si pemungut sampah,
aku pungut semua yang dinamakan sampah,
aku pungut semua yang telah menjadi sampah,
aku si pemungut sampah,
tugasku mudah..cuma memungut sampah,
dari rumah ke rumah, aku pungut sampah.
aku si pemungut sampah,
aku tahu itu sampah,
aku tahu nilai setiap sampah,
aku jua mengerti apa itu 'sampah'.
aku si pemungut sampah,
aku pungut sampah kesedihan kamu,
aku pungut sampah kenangan kamu,
aku pungut sampah kebencian kamu,
kerna aku harap senyummu bakal bercambah,
tanpa melihat sampah yang bersepah.
aku si pemungut sampah,
jangan kau keliru aku dengan sampah,
sebab aku bukan sampah,
aku hanya pemungut sampah,
aku hanya pemungut sampah yang bermaruah..
*jangan buang sampah merata2..(^_^)V

Sunday, March 13, 2011
** ~ ceritera 2 ~ **
Cerita yang sama..dan kini ujian yang sama..
Aku telah mengagak bahwa rasa ini pasti akan hadir..disini kelemahanku..
Dari dulu..hingga kini..
Aku tak mampu menahan dengan sabar..
bukan ego.
.tapi tak mahu begitu teruja dengan hati sendiri..
Aku masih boleh ingat tika hati ini sering merasakannya..dan akhirnya..
tertipu..
terguris..
Jadi..untuk kali ini aku cuma perlu nikmati dengan kesabaran..
rasa ini..sakit ini..
Sakit seketika supaya nanti aku tak parah..
Ini ujiannya..
aku yang sering mudah terleka dan adakalanya perlu diberi pembalasan atas keterlekaan lalu..
Bukan ego..
tak sesekali aku ego..tapi aku cuma mahu berhenti berharap..
Berhenti mengharap..
dan berhenti dalam harapan...
Aku tak sabar menantikan hasilnya..
bila hati semakin kuat, apa pula cerita selanjutnya..
Pasti lebih hebat dari sekarang..pasti lebih pedih dari sekarang..pasti lebih sakit dari sekarang..
Jika bukan sekarang aku perlu bertahan..entah bila aku mampu bertahan..
Sering aku tenggelam dengan buaian rasa..
lalu aku terlena..
dan bila aku terjaga..
Sendirian lagi..seperti biasa..
namun, untuk terlena lagi..
mungkin cerita tak sama..
Mungkin pangeran yang berbeza..
mungkin luka ditempat lain pula..
Maka aku perlu sabar..sedikit sakit..
sebagai penawar dari keparahan..
Sedikit saja..tak lama..
ia akan pergi jua..
Sedikit lagi...bersama-sama masa...
*coretan yang bukan untuk difahami..
Wednesday, March 9, 2011
** mencari..**
mencari yang sewajah..agar sama tika senyum dan menangis..
mencari yang serasi..agar sama dan sebati..
teruskan mencari selagi niat belum terkubur dan mati..
Tuesday, March 8, 2011
"kenapa aku buat blog???"
kenapa aku buat blog??
aku: sebab dengan blog aku boleh berkongsi macam2 benda dengan kome..
kenapa aku buat blog??
aku: sebab bila aku ada blog aku buleh follow blog2 yang lain..(smbil berlari2..)

kenapa aku buat blog??
aku: sebab bila aku buat blog..aku boleh menambah friend list dalam hidupku..
kenapa aku buat blog??
aku: sebab bila aku tak buat blog, korang tak boleh baca entry se'merapu' ini...
kenapa aku buat blog??
aku: sebab aku tak boleh buat bodoh jerr..jadi perlu ada blog...(blh kerr??)

kenapa korang buat blog??

pssstt!!!...kenpa post ni lambat sgt bru kuar yeaa??...shyyy....
Sunday, March 6, 2011
** aku dan BI **
BI = Bahasa Inggeris
anda pandai BI?
anda penggemar BI??
anda mahir dalam BI???
aku perlukan anda..!!!
segera!!!
sekarang jugee!!!
hah!..ada yang sudi??
(mcm tak ade jer??)
heheee...propa je tu...
Aku bukan bijak dalam BI, suka BI tapi kurang mahir dalam BI..namun aku tak pernah putus asa untuk memahirkan diri. Walaupun sekadar bergurukan kamus..kamus BM-BI...
pernah suatu hari, kerana terlalu fanatik dengan BI aku telah mencuba2 "sepeking" dengan seorang mat saleh ini..(kejap2!!..reverse balik..)
pada suatu hari, aku telah dibawa oleh seniorku ke UKM untuk mencari bahan..(kisah ini dah agak lama untuk diceritakan tapi..bedal je la!). sampai saja aku disana, maka tiba2 muncul 1 perasaan yang sukar utk aku gambarkan..bayangkn, diUPSI aku tak jumpa lagi mat2 saleh dan minah2 negrito...tapi disini bermacam rupa aku dapat lihat..
(sungguh teruja!!!)
setelah selesai mencari bahan, perut pula mendendang lagu gumbira..(lapar gila!)
Kami bernasib baik kerna berjaya menjumpai cafe biarpun pertama kali kesana...(yeeezzzzaaa!)
aku 'order' kuew tiaw goreng...(sedap tau!)
sambil2 menunggu di warung itu, aku terpandang seorang minah negrito sedang berbalah dengan tukang masak...kebetulan pula aku duduk berhampiran disitu..maka dengan penuh confident....
aku: yes, whut can i help u??
negrito: i want this...(smbil menunjuk ke arah menu mee kari)
aku: oowh...so whut the problem??
negrito: he says (merujuk kpd tukang masak)..its so spicy..
aku: yes its spicy..
negrito: but i dunt want spicy..can he change and dont put the spicy??
aku: if u dont want spicy..u can eat this..(merujuk kpd mee sup)
negrito: no....i want this..but i dun want spicy..
aku: it cant be like that...(smbil garu2 kpla)
negrito: no..i dont want..!!
dan negrito itu telah menempah roti arab di gerai arab...
jadi anda boleh mengagak apa yg berlaku....
arrrrrgggghhh!!!!..aku tak berjya mempromosikan mee kari yg sedap itu!!!
tamat.....
moral of de story nya ialah..cintailah makanan tradisi kita...(ada kaitan ke?)
bagi meneruskan usaha memahirkan BI, kini aku berjinak2 pula dgn lagu2 BI..(sedap wooo..)
tapi tak bermaksud aku tak menyokong lgu melayu..tapi..errmmmmm
maka, belajarlah BI walau dgn apa cara sekalipun..
ogayyyy!!!!
adiouuuussss!!
i love English!
Tuesday, March 1, 2011
** mY sweeTy heaRt **
“My name is siti humairah bte ariffin..i am 2 years old..i like pink colour..like my name..humairah means pink..”
Haaaiiip!!!...pegi main jauh2..amboi die (humairah)..dah pandai blogging2 nih...
Inilah budak2 sekarang..kecik2 lagi dah pndai berblogging..like humairah like aunt...kuikuikui..
Untuk post kali ini..merujuk kepada title diatas..maka tak perlu digusarkan lagi mahu bercerita tentang apa..pastinya tentang anak buah hatiku ini..
So enjoy the foto...
(sila scroll ke bawah..ehehee)
senyum...(^___^)
hehehee...
aaaaaaaa......
shoooping time!!
cakk!!..(fesyen terbaru..(^_^) )
....................
.........
.......
....
okey dah tamat!
Monday, February 28, 2011
** bicara bintang pada aku **
kata bintang padaku..
"sering2 la pandang ke langit tika kau sedih, kerna dgn kerlipanku moga berkelip jua hatimu"
kata bintang padaku..
"sering2 la pandang ke langit tika kau gembira, kerna dgn kegembiraan itu aku makin berseri dimatamu"
kata bintang padaku..
"sering2 la pandang ke langit tika kau sempit, kerna dgn luasnya langit itu moga luas jua fikiranmu"
kata bintang padaku..
"sering2 la pandang ke langit tika kau sendiri, kerna ada satu bintang berseri sedang menanti untuk kautemani"
kata bintang padaku..
"sering2 la pandang ke langit tika kau masih bisa melihat, kerna mungkin suatu hari kita tak bisa bertemu lagi"
**they always shining for u**
Saturday, January 22, 2011
** SEX tu ape? **
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah rendah bertanya kepada 'daddy' nya,
'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan 'daddy' tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..
SCROLL DOWN ....
(kredit kepada 1001rahsiadiri.blogspot.com)

Subscribe to:
Comments (Atom)