Followers

Friday, March 16, 2012

~buat si lembaga hitam~

sunyi.......dan diselang dengan bunyi klik-klik...

sunyi kembali........

klik....klik...klik.....

sunyi..........
...........................................

......................................

...................




.....

..
..


.


dear sayang..
aku bukan mahu hidup dilakar seindah pelangi, cukup sekadar dihiasi petir yang ngeri
aku bukan mahu dilayan sperti pemaisuri, cukup sekadar dipandang walaupun seinci
aku bukan mahu ditimang tinggi-tinggi, cukup sekadar dititip senyuman basi

aku tidak mahu sesuatu yang beerti..yang aku mahu cukup kamu disisi...

namun...kerna yang aku mau itu sangat perit untuk diberi..jangan kesakitan kau tambah lagi..

dear sayang....
pernah sekali aku bermimpi..kau datang membawa hati aku lari..tapi sedihnya kau datang macam pencuri...
sehingga kini menjadi mimpi ngeri..

dear sayang
mengapa sekarang mahu begini...
curang sana curang sini...
bila terkena kau mula mahu berdiri..
menyentak menyalahkan aku sendiri...
seolah-olah aku yang yang meminta kau jadi begini...

dear sayang
jangan buat aku seperti abdi..
malah lebih hina dari manusia keji...
jangan ajar aku erti benci..
kerna nanti kau tak kenal diri ini..

dear sayang
aku hanya mahu yang terbaik buatmu...buatku
aku hanya mahu yang ikhlas darimu...dariku
aku hanya mahu yang tulus darimu..dariku

dear sayang
jika itu pun kau tak mampu..jangan seksa lagi aku
jika itu pun kau tak mampu..jangan datang jumpa aku
jika itu pun kau tak mampu..jangan berani sebut nama aku lagi

dear sayang
terima kasih buat aku begini
terima kasih buat aku sedih hati
terima kasih buat aku lebih rapat dengan Yang Abadi
terima kasih buat aku lebih kenal hidup yang beerti






........publish.......





nota gusi:
i. semakin bertahan semakin sakit dan semakin bertahan semakin hitam hati..maka sebelum ia hangus lebih bagus kalau lepaskan saja..
ii. orang kata pengalaman itu adalah guru yang hebat...maka aku sedang berguru dengan nya..hampir tamat pengajian...
iii. buat 'si dia'..jangan jolok sarang tebuan...kau akan menyesal...

3 comments:

  1. Kesunyian + kesepian + kesakitan = kehidupan

    ReplyDelete
  2. formula yang sering berulang-ulang tapi diri masih tak faham2...sedihkn?? o_O"

    ReplyDelete
  3. sangat sedih,, tp this life must keep on going,,

    ReplyDelete

Kata Saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...