Followers

Monday, February 28, 2011

** bicara bintang pada aku **

kata bintang padaku..
"sering2 la pandang ke langit tika kau sedih, kerna dgn kerlipanku moga berkelip jua hatimu"

kata bintang padaku..
"sering2 la pandang ke langit tika kau gembira, kerna dgn kegembiraan itu aku makin berseri dimatamu"

kata bintang padaku..
"sering2 la pandang ke langit tika kau sempit, kerna dgn luasnya langit itu moga luas jua fikiranmu"

kata bintang padaku..
"sering2 la pandang ke langit tika kau sendiri, kerna ada satu bintang berseri sedang menanti untuk kautemani"

kata bintang padaku..
"sering2 la pandang ke langit tika kau masih bisa melihat, kerna mungkin suatu hari kita tak bisa bertemu lagi"


**they always shining for u**

Saturday, February 26, 2011

" bila-bila "

bila aku lupa
DIA ingatkan aku
bila aku leka
DIA sedarkan aku
bila aku terlena
DIA kejutkan aku
bila aku terluka
DIA ubati luka aku
bila aku keseorangan
DIA ada disampingku
bila aku memerlukan
DIA sentiasa ada untukku
bila aku rindukan DIA
DIA pasti akan datang menjemputku..

siapa DIA?
dimana DIA?


DIA sentiasa ada disampingku..
DIA sentiasa ada disampingmu..
dan kini...
walau aku rasai keseorangan..
DIA masih lagi ada untukku, jua untukmu..

Monday, February 21, 2011

~ diari seorang CikGy (3) ~

selamat pagi cikgu! (dengan irama cerita upin dan ipin)
minggu kedua...
penuh dengan cabaran...dan kali ini sama seperti entry yang lepas aku hanya mampu rangkumkan diari seorang cikgy dalam 1 minggu, memandangkan untuk ku kongsi setiap hari...tak berkesempatan..dan tambahan pula..sejak aku membela BB (berukband) ini, secara tiba2 beruk belaanku ini punya tuan baharu..iaitu adikku...maka dia sahajalah yang mengkhatamkan BB ni samapai tak boleh guna...(sabo je la..)

tapi tak mengapa..hidup peru diteruskan...yeah!
baiklah...cerita untuk minggu ini begini pula yaa..

hari pertama
aku sememangnya berbasib baik..selalu bernasib baik..mungkin kerna aku memang baik..(angkat bakul jap naa..)ehehehe...sebenarnya hari ini tak ada kelas untukku..free...wah!..indahnya..namun, keindahan itu cuma sementara apabila ternampak saja muka makcik kerani sambil jalan melenggang bawa senarai kelas untuk di'relief'...haiiih!..kenapa perlu ada dia??....
jadi..berduyun2 lah kelas yang perlu aku relief untuk hari ini...
kelas pertama..3 Tekun..
melangkah saja aku ke kelas itu..semuanya terdiam..mengapa??..(entah..aku tak 'check')
bagus...semua diam...
jadi untuk permulaan aku biarkan mereka buat kerja sekolah yang tak siap...
tiba2!
seorang pelajar datang ke arahku...
pelajar: cikgu...cikgu ajar subjek ape?
aku: sy ajar subjek BM dan sejarah..mengapa?
pelajar: cikgu ajar kelas 3 Gigih kan?
aku: ye..kenapa?
pelajar: cikgu nak tau..kelas tu bahaya tau...
aku: kenapa pulak??(dengan wajah terkejut)
pelajar: cikgu nak tau..dulu ada seorang guru praktikum masuk kelas itu..cikgu tu memang comel..tapi sayang...bila die kelaur je dari kelas tu..muka die lebam2..
aku: kenapa jadi macam tu?..(dengan muka tak percaya)
pelajar: entahla cikgu..cikgu hati2 tau..sy taknak cikgu jadi mcm tu..(dengan selambanyaaa)
aku: awk jangan risau..sy ada pendinding...lepas nih insyaAllah sy tak lebam2..sy takut lepas kuar kelas ni ..awk yang lebam...(sambil senyum kuda)
pelajar: ooohhh...hehehee..sy buat kerja sekolah yea cikgu...


kelas kedua..2 Ceria..
nama kelas pun aku dah agak..mesti budak nih ceria bebeno...yes!!!..tekaan ku tepat!
sangat ceria samapai lupa nak masuk kelas..
aku terpaksa mengerahkan seluruh otot tekakku untuk bersuara lantang supaya mereka2 ni diam..(ceria bukan?)
kemudian..aku beri game kepada mereka2 ni..macam biasa..tulis sepotong ayat dan bina perkataan lain dari ayat tersebut..senang jer!
mereka buat biarpun aku terpaksa berjalan2 mengelilingi mereka..(macam polis trafik!)
kemudian salah seorang pelajar..comel datang kepada ku..

pelajar: cikgu..ajarlah sy buat perkataan...
aku: tapi awk dh pandai..nak ajar ape lg..
pelajar: ajarla cikgu
aku: boleh..tapi sy ajar kain sikit..
pelajar: sy sanggup cikgu..cikgu ajarla mcm mna pun..sy terima..(sambil tersenyum manja)
aku: boleh..sy ajar pkai rotan..nak?(senyum sinis..)
pelajar: errrr..tak pe la cikgu..eh!dah dapat idea la pulak..
aku: grrrrr....
 yang tragisnya..pelajar yang manja2 itik itu adalah pelajar lelaki..(pelajar lelaki yang paling nakal) maka..salah orang la dik!!!!...(hambik kau!)
dan...kelas tamat...
untuk kelas ketiga aku suruh mereka buat kerja sendiri..dah hilang mood nak melayan...

hari kedua dan ketiga...
lalui macam biasa..menagajar kelas sendiri lagi menyeronokkan dan bersemangat..walaupun adakalanya aku diperli..(cis!!)
"sesiapa yang tak habis salin, tengok kawan ye.."
"cikgu..sy dah jemu tengok kawan..suruh la tengok benda lain pulak.."
"sy buka suruh tgok muka kawan kamu..tengok buku kawan..tiru buku kawan..adehhhh!"

terkena aku....huh!

p/s: minggu yang memenatkan..badanku..otakku..tanganku...dan...suaraku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...