Followers

Monday, January 17, 2011

~~* Tekala River *~~


Jalan2 kali ini, aku nak bawak anda semua kenali keunikan Malaysia...memandangkan aku kini menetap di Kajang, maka aku boleh bawak ke area2 Kajang je la...post kali ini aku nak bawak korang pergi Sg. Tekala..
Sedikit info mengenai Sg. Tekala..
Sungai Tekala merupakan salah satu destinasi pelancongan di daerah Hulu Langat Selangor.
Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta.
Air terjun ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran. Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.
Selain air terjun Sungai Tekala, terdapat tiga lagi kawasan rekreasi berhampiran iaitu :
  1. Kolam Air Panas Sungai Lalang
  2. Air Terjun Sungai Gabai
  3. Air Terjun Sungai Batangsi.
Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti :
  • Gerai menjual makanan dan minuman
  • Surau
  • Bilik persalinan
  • Tempat berteduh
  • Tong sampah
Dah kenal Sg. Tekala kan!..

Dan ini foto2 yang sempat aku 'snap' sebelum aku menenggelamkan diri aku dalam Sg. ni..
(means mandi manda la)...










*p/s:bukan tarikh dan masa yang sebenar (gambar)

Cantik kn tempat nie..jadi kalau ada yang berkenan di hati, singgahla Sg. Tekala..pasti akan teruja punya..

3 comments:

Kata Saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...