Followers

Wednesday, February 2, 2011

**~ ceritera ~**

Hari ini berlalu seperti biasa..kisah dia telah aku terima malam tadi..dia masih cuba menagih cinta kekasihnya..yang dirasainya semakin jauh..mungkin jauh kerna sudah penat berperang dengan hati yang sering dipermainkan..mungkin juga sekadar menguji semata..melihat sejauh mana cinta dia pada kekasihnya..dan aku disini..tidak lagi seperti semalam..telah kuperingatkan pada hati agar tak menanti cinta yang tak pasti..sungguh tak pasti..aku sememangnya patut matikan rasa ini sejak dulu lagi..segalanya tentang hati bukan perkara yang boleh dicuba2..aku silap..ya..aku silap


Kini aku mula bina watak baru..Zie..entah siapa Zie..aku cuba buang rasa ini dengan mencipta watak itu..kekasih gelap yang kononnya baru aku kenali dan aku cipta..kelihatan ada unsur keterdesakkan disitu..tapi aku tak peduli dan mungkin dia pun tak perasan..dia cemburu..rasa sedikit cemburu..dan aku bilang aku jua begitu..dia tak mengerti mengapa harus aku cemburu..aku minta dia memahami sendiri tanpa penjelasan..entah..aku tak pasti adakah dia mengerti...

Perasaan itu semakin hilang..rasa itu juga semakin kurang..alhamdulillah..aku mengharap sepenuhnya ia semakin kelam..yang tinggal hanya rasa sebagai teman..teman yang prihatin dengan naluri seorang insan yang ingin seperti insan lain..

Kataku: "Aku masih mahu menemani mu..mendengar kisahmu..mendengar tangismu..mendengar gurauanmu..kerna perkara itu seolah2 ia sebati denganku..namun, aku juga perlu mengubah semua itu..agar tiada harapan yang bercambah kedalam hatiku..tiada secoret rasa rindu dengan semua itu..aku perlu membiasakan diri ini, dunia ini tanpa kamu...ya..perlu.."

(coretan dan luahan isi hati..mungkin disitu terselit pengajaran yang beerti)

1 comment:

  1. Mungkin aku juga perlu memotivasikan diri ini seperti kamu..

    ReplyDelete

Kata Saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...