Followers

Monday, November 28, 2011

~ hey you!!! ~



hei kau!!
sudah berapa kali aku bilang jangan cuba memandang ke belakangku..kelak kau hanya nampak bayang2 silamku....

hei kau!!
sudah berapa kali aku hemburkan jangan cuba bermain2 di depanku..kelak kau hanya nampak amarahku....

berulang-ulang kali aku bilang begini begitu...namun kau masih sama macam dulu..

kenalilah aku sepertimana kau kenali aku dulu,
fahamilah aku sekadarnya sepertimana kau faham akanku,
dekatilah aku sepertimana kau mahu dekat denganku,
hormatilah aku seadanya seperti apa yang kau hormat padaku,

jangan kenali aku dengan apa yang kau dengari tentangku,
jangan fahami aku dengan apa yang fikirkan tentangku,
jangan dekati aku andai kau rasa patut menjauh dariku,
jangan hormati aku dengan apa yang kau nampak dari luaranku..


kerna aku bukan siapa2 buatmu...

payah...
payah jadi orang bersih..bila terkotor sedikit orang pandang dengan keji,
payah jadi orang manis..bila termasam sedikit orang menjauh mahu lari,
payah jadi orang pintar..bila tersalah sedikit orang enggan mendengar lagi,
payah jadi orang kelakar..bila mahu 'serius' sedikit orang langsung tak ambil peduli, 
payah jadi orang baik..bila terjahat sedikit orang benci macam nak mati,
payah jadi orang 'tinggi'..bila terjatuh sedikit orang henyak dengan kaki,

payah jadi orang...kalau hidup hanya mahu simpat umpat keji orang dalam hati.....

aku...dengan caraku..biarpun bagaimana jalan pilihanku..aku tahu dan aku juga mahu kau tahu yang Maha Tahu lebih tahu apa yang aku sendiri tidak tahu...dan aku..hanya mahu berjalan, menikmati setiap saat erti hidup, merasai erti pahit, masam, masin dan manisnya setiap helaian hari yang bakal aku lalui..sebelum aku dijemput kembali ke alam yang kekal abadi.....








nota gusi:
i. ini bukan nota untuk dicatat..kerna tiada fakta dunia disini.
ii. hari2 yang dilalui sunyi tanpa kamu..tapi aku terus belajar untuk itu dan menyelak kembali jadual silamku sebelum ada kamu
iii. sila bangun wahai pemilik hati ini...jangan berjalan dalam merangkak kerna ia sangat payah!!

1 comment:

  1. noura, entry awak ini sangat menyentuh hati saya..cuma satu je saya nak cakap, masanya akan tiba untuk awak mengecap kebahagiaan sepenuhnya..Allah Maha Mengetahui apa yang ada di hati awak..cuma kebahagiaan itu masih tercari2 jalan menuju ke hati awak..saya doakan kebahagiaan itu akan menemui hati awak secepat yang mungkin..May Allah bless u ukhti.. :)

    ReplyDelete

Kata Saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...