Followers

Wednesday, November 9, 2011

~ hujan panas ~

selamat pagi blog!!!!
selamat juga harapnya hari ini..selamat tak macam semalam dan semalam lagi...

minggu ini dilaporkan hujan berterusan setiap hari..oh! bukan minggu ini tapi dah berminggu2..malah sudah sebulan lebih...hujan setiap hari....

walaupun hujan hidup masih diteruskan....
hujan....panas...hujan...panas.....

............................................................................................

dilaporkan juga cuaca dalam badan ini pun kurang baik....hujan..panas...dan hujan berterusan...
huhuu~
pernah berfikir mahu terbang bebas seperti burung tanpa perasaan tapi malangnya menjadi manusia itu lebih baik...(tidaklah dikatakan manusia sebaik2 kejadian bukan??)
dan bila hidup sebagai manusia maka laluan hidup pasti akan berliku2...pelbagai episod akan kita hadap tanpa duga dan pastinya pelakon utama adalah kita sendiri..

'INDAHNYA MENJADI MANUSIA'

dalam minggu2 hujan panas ini juga aku habiskan dengan menjengah ruang teman2 yang punya cuaca jiwa macam aku...(cari yg sejiwa)...
mendengar keluhan mereka...mendengar kata2 keji mereka dan seterusnya mendengar kekuatan mereka untuk bangkit semula sedikit sebanyak menjadi 'estacy' untuk aku...(walau seketika)...buat pengetahuan kamu ruangan mereka tidak mengeluarkan suara..cuma tulisan..jadi dengan membaca aku bisa mendengar dengan hati...(pelik??!!)
agak pelik tapi itulah yang berlaku bila kita berjumpa dengan 'teman sejiwa'...apa yang mereka rasa sama seperti kita...maka bila mereka boleh bangun dengan payah, mengapa kita tidak mampu bangun walaupun terketar-ketar??

aku ambil segala yang berlaku sebagai rahmat...didikan tuhan untuk episod seterusnya...mungkin ujian kali ini sebagai persediaan untuk masa depan maka jadikan sebagai 'antibody' sebelum diserang..mudahkan!!...
berat mulut berkata berat lagi hati memikul...dan seberat manapun hati perlu memikul jangan cepat mengeluh..terus berjalan dan memikul....



nota gusi:
i) sedang mendidik jiwa untuk menjadi "the rock"!!!
ii) mood: suka sekali singgah ke blog Dunia Sebelah Zara...
iii) melawan sakit yang tiada ubatnya selain sabar....moga cepat sembuh!! ^______^

No comments:

Post a Comment

Kata Saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...