Followers

Sunday, March 27, 2011

** be a LUAR BIASA **

apa yang kamu inginkan dalam kehidupan??
- yang luar biasa-

apa yang kamu inginkan dalam percintaan??
-yang luar biasa-

apa yang kamu inginkan dalam keperluan??
-yang luar biasa-

apa yang kamu inginkan dalam kepuasan??
-yang luar biasa-

andai aku bertanya lagi pastinya jawapan pada rupa yang sama..-yang luar biasa-...mungkin kerna dalam dunia ini terlalu banyak perkara biasa maka, yang dikejar hanya pada -yang luar biasa-

sehinggakan mahu kehidupan itu menjadi luar biasa, pelbagai keletah harus diguna walaupun adakalanya menjejaskan jiwa..

sehinggakan mahu percintaan itu menjadi luar biasa, ingin disua segala-galanya tanpa berkira..

sehinggakan mahu keperluan itu menjadi luar biasa, sanggup berlumba-lumba menampil gaya walau adakalanya tak serupa manusia..

sehinggakan mahu kepuasan itu menjadi luar biasa, poket seluar yang dulu hanya mampu sekupang dua kini terpaksa menyelongkar agar punya lebih dari biasa..

perlukah itu??
amat perlukah itu???
perlukah keluarbiasaan itu???

aku bukan pengkritik masa depan, walhal nasi di periukmu juga bukan milikku
(sebab aku punya periuk sendiri)
..namun aku sering dibelenggu oleh keluarbiasaan yang sering meracau2 dalam hidupku..
mungkin makhluk kini lebih tercari2 keluarbiasaan itu, sampai adakalanya neuron otakku bercelaru sampai jadi buntu..

tapi..
mungkin aku..dan kamu..terlupa..
luar biasanya segala perkara dalam hidup ini bukan terletak pada luaran saja, segalanya mampu menjadi luar biasa kira jiwa itu bijak menilai dari sudut berbeda..

maka,
tak perlu berangan menjadi makhluk luar biasa kerna mungkin ada yang tak bisa menerimanya..
tak perlu berangan menakluk cinta luar biasa kerna cinta yang ada sudah cukup luar dari biasa...
tak perlu berangan memiliki keperluan yang luar biasa kerna cuba kamu cukup luar biasa di MATA SAYA..(senyum)
tak perlu berangan menagih kepuasan luar biasa kerna bimbang kamu tak lama jadi manusia..(0_o)ops!


(*luarbiasa bila hati tak serupa biasa)

nota gusi:
i. menghimpun kekuatan luarbiasa untuk pertarungan baru esok..ekk!!(agak biasa)
ii. en.hati tak berapa sihat kerna statement luar biasa dari makhluk biasa..sehingga mahu aku nyatakan dgn nada mesra..WTF! (sangat luarbiasa...puas!)
iii. picisan hari ini, jangan dibaca kalau terasa yang luar biasa..(terlambat sudah..=.=")

6 comments:

  1. xpaham langsongg.. mmg sgt luar biasa!

    ReplyDelete
  2. itu perkara biasa..bila awk memahaminya baru ia dipanggil 'luar bias'..(^__^)V

    ReplyDelete
  3. wat serabot pale otak =.=" kusot da ni

    ReplyDelete
  4. maafla kalau ia menyerabotkan..sekadar luahan, cukup kalau mahu membaca..tak perlu ditafsir (^_^)

    ReplyDelete
  5. ye la untuk ex awak mmg luar biasa

    ReplyDelete
  6. ex...for expired...expired day..experimental..extravanganza..ex??!!

    ReplyDelete

Kata Saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...